18 Mac 2021. Tarikh Semakan Pindaan Amaun Pengeluaran i-Sinar

Pada 8 Mac yang lalu, pindaan amaun telah boleh dibuat oleh pencarum KWSP yang tersilap tarik amaun semasa permohonan.

Hal ini dilaksanakan kerana ramai pemohon yang ‘tidak tarik habis’ semasa membuat pengeluaran amaun.


Dalam tempoh tersebut juga terdapat sebilangan yang telah menerima maklum bals daripada pihak KWSP berkenaan pindaan pengeluaran. Selain itu, terdapat juga pemohon yang telah menerima bayaran mengikut permohonan pindaaan amaun.

Namun begitu, masih ramai lagi pemohon yang belum menerima maklum balas oleh pihak KWSP.

SEMAKAN BERMULA 18 MAC 2021

Kepada pemohon yang masih lagi belum menerima maklum balas daripada pihak KWSP atau permohonan anda ‘sedang diproses’, pihak KWSP telah membuat satu kenyataan bahawa semakan sekali lagi boleh dibuat pada
  • 18 Mac 2021 (Khamis)
  • Semakan boleh dibuat melalui portal rasmi i-Sinar
HAL PENTING SEBELUM MEMBUAT PINDAAN AMAUN

  1. Yang pertama sekali, sila pastikan anda mempunyai maklumat permohonan pengeluaran i-Sinar terdahulu sebagai rujukan.
  2. Anda boleh mengemas kini nombor telefon dan maklumat berkaitan pembayaran seperti butiran akaun bank, amaun pengeluaran dan kaedah pembayaran.
PANDUAN MENUKAR AMAUN PENGELUARAN

Berikut dikongsikan tatacara menukar amaun pengeluaran
  1. Layari portal rasmi i-Sinar https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Klik pada butang Pindaan Pengeluaran kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Anda.
  3. Klik ‘Teruskan’.
  4. Sahkan OTP anda yang akan dihantar melalui mesej.
  5. Sahkan nombor telefon dan alamat.
  6. Pilih jumlah baru. *Anda tidak boleh membuat pindaan amaun sekiranya anda pernah memohon memohon RM10,000
  7. Jika selesai membuat pindaan amaun, klik pengesahan dan ‘saya bukan robot’ kemudian klik sahkan.

1 thought on “18 Mac 2021. Tarikh Semakan Pindaan Amaun Pengeluaran i-Sinar”

Leave a Reply to Unknown Cancel reply