Tarikh Rasmi Bayaran Bantuan STR Tambahan 2023

Pada tahun 2023 ini pelbagai jenis bantuan kewangan yang disalurkan kepada rakyat yang berkelayakan.

Salah satunya adalah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023. Pada pembentangan Belanjawan 2023 lalu, Perdana Menteri turut mengumumkan sebuah bantuan tambahan di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah.

STR TAMBAHAN

Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan sebuah bantuan tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang akan dilancarkan pada tahun ini.

Bantuan tambahan tersebut dianggarkan berjumlah RM 600 seorang bagi penerima STR yang layak.

Untuk pengetahuan anda, STR Tambahan ini adalah berbentuk sumbangan bakul makanan dan bukannya bantuan berbentuk wang.

JUMLAH STR TAMBAHAN

Ini adalah jumlah STR Tambahan mengikut jumlah tanggungan/anak :

Untuk penerima yang layak, kesemua yang mempunyai 0 hingga 5 anak dan ke atas akan menerima STR Tambahan bernilai RM 600.

SYARAT KELAYAKAN

STR Tambahan 2023 hanya layak kepada isi rumah yang :

  • merupakan kategori isi rumah miskin tegar
  • PGK miskin tegar adalah RM 1,169 dan ke bawah
  • tiada had umur untuk menerima bantuan tambahan ini

TARIKH BAYARAN STR TAMBAHAN 2023

Melalui laman web Kementerian Kewangan Malaysia, ini adalah jadual bayaran yang ditetapkan

1. Julai – RM 100

2. Ogos – RM 100

3. September – RM 100

4. Oktober – RM 100

5. November – RM 100

6. Disember – RM 100

Menjadikan jumlah keseluruhan bantuan adalah bernilai RM 600.

Leave a Comment