Pelbagai bantuan kerajaan yang disalurkan kepada rakyat terutamanya melalui kerajaan persekutuan.
Salah satunya adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023. Pada pembentangan Bajet 2023 Malaysia Madani, Perdana Menteri turut mengumumkan bantuan tambahan RM 600 yang dikenali sebagai STR Tambahan.
STR TAMBAHAN
Pada pembentangan Belanjawan 2023 pada Februari lalu, Kerajaan Perpaduan melalui Perdana Menteri, melancarkan sebuah bantuan tambahan di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang sedia ada.
Bantuan tambahan ini akan bernilai RM 600 bagi setiap isi rumah dan akan dibayar dalam tempoh 6 bulan berturut-turut.
BANTUAN STR TAMBAHAN
Jumlah STR Tambahan mengikut jumlah tanggungan/anak bagi setiap isi rumah
- 0 Anak – RM 600
- 1-2 Anak – RM 600
- 3-4 Anak – RM 600
- 5 Dan Ke Atas – RM 600
JUMLAH & TARIKH BAYARAN
Untuk pengetahuan anda, bantuan tambahan STR ini tidak diberikan secara one-off RM 600 tetapi dibayar setiap bulan dalam tempoh 6 bulan.
Satu lagi perkara penting untuk anda iaitu, STR Tambahan RM 600 ini bukan bantuan kewangan tetapi merupakan bantuan sumbangan bakul makanan & barangan asas.
1. RM 100 – JULAI
2. RM 100 – OGOS
3. RM 100 – SEPTEMBER
4. RM 100 – OKTOBER
5. RM 100 – NOVEMBER
6. RM 100 – DISEMBER
KELAYAKAN STR TAMBAHAN
Untuk pengetahuan anda, bukan semua penerima isi rumah STR 2023 layak untuk terima bantuan tambahan ini. Berikut adalah kategori yang layak terima bantuan berkenaan
- Kategori isi rumah miskin tegar
- Pendapatan bulanan adalah RM 1,169 dan ke bawah sahaja
- Penerima STR 2023
- Tiada had umur