Kategori Yang Layak Terima Bantuan RM 800 – Semak Sekarang

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diteruskan bagi tahun 2023. Ia merupakan antara tanggungjawab kerajaan untuk meringankan beban rakyat.

Pembayaran maksimum bantuan adalah RM 2,500 bagi isi rumah yang layak.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3

Pembayaran STR 2023 akan kembali diteruskan pada bayaran Fasa 3.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membantu rakyat dari segi kos sara hidup dan pembelian barangan asas.

JUMLAH BANTUAN

Pembayaran STR Fasa 3 adalah maksimum RM 800 berbanding RM 200 bagi STR Fasa 2 lepas.

Kategori Isi Rumah RM 0 – RM 2,500

  • Tiada anak – RM 300
  • 1 Hingga 2 – RM 400
  • 3 hingga 4 – RM 600
  • 5 dan ke atas – RM 800

Kategori Isi Rumah RM 2,501 – RM 5,000

  • Tiada anak – Tiada bayaran
  • 1 hingga 2 – RM 150
  • 3 hingga 4 – RM 200
  • 5 dan ke atas – RM 250

Kategori Bujang, Bujang OKU dan Warga Emas

  • RM 100 seorang

KATEGORI YANG LAYAK TERIMA RM 800

  • Penerima STR 2023
  • Merupakan Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM 0 – RM 2,500 DAN Mempunyai Anak 5 ORANG DAN KE ATAS SAHAJA

KATEGORI YANG TERIMA BAYARAN

Semua penerima STR 2023 layak terima STR Fasa 3 kecuali Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM 2,501 hingga RM 5,000 yang TIADA ANAK sahaja yang tidak terima STR Fasa 3.

Selain itu, bayaran turut dikreditkan kepada setiap pemohon yang lulus membuat permohonan pada Mac lalu.

Bermula Fasa 3, jumlah bantuan yang masuk adalah mengikut kemas kini yang dilakukan oleh setiap penerima (sekiranya ada).

TARIKH BAYARAN

Pembayaran STR Fasa 3 dijangkakan bakal dikreditkan pada bulan Julai 2023 ini.

Tetapi, mengenai tarikh rasmi bayaran pula belum diumumkan setakat ini.

Leave a Comment