Bantuan Kewangan RM 2500 Untuk Golongan B40 & M40 : Semak Sekarang

Salah satu inisiatif kerajaan pada 2023 adalah dengan pelaksanaan program bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Untuk STR 2023, bantuan maksimum adalah RM 2,500 belum termasuk dengan bantuan tambahan berjumlah RM 600 untuk kategori yang layak.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Salah satu bantuan yang saban tahun akan ditunggu-tunggu oleh rakyat adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

STR adalah sebuah bantuan kewangan yang dibayar dalam empat peringkat bermula Januari, April, Julai dan November 2023 ini.

Pembayaran STR seterusnya adalah pada Julai depan.

BANTUAN KEWANGAN RM 2,500

Untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 ini, jumlah keseluruhan bantuan tidak termasuk bantuan tambahan RM 600 adalah

  • RM 2,500

Tetapi ia hanya layak kepada kategori isi rumah berpendapatan RM 2,500 dan ke bawah dan mempunyai tanggungan 5 orang dan ke atas.

Isi rumah yang lain turut berpeluang terima bantuan keseluruhan RM 1000, RM 1500, RM 2000 bergantung kepada kelayakan masing-masing.

Manakala, individu bujang akan terima bantuan RM 350 seorang.

Pembayaran STR 2023 ini akan diberikan kepada setiap rakyat yang layak dalam golongan B40 & M40 sahaja.

TARIKH BAYARAN

Bagi penerima sedia ada, bayaran Fasa 1 dan 2 telah dikreditkan pada Januari dan April lepas.

Manakala untuk pemohon yang baru sahaja membuat permohonan iaitu pada Mac lepas, bayaran pertama akan dikreditkan pada bulan Julai 2023 ini. Jumlah bayaran adalah terkumpul iaitu bagi Fasa 1 dan Fasa 2.

CARA PERMOHONAN

Permohonan untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 telah ditutup pada 31 Mac lepas.

Permohonan baharu bagi yang terlepas atau rayuan belum dibuka setakat ini.

Leave a Comment