Selain daripada Bantuan Khas COVID-19, Perdana Menteri turut mengumumkan i-Citra KWSP iaitu kemudahan pengeluaran sebanyak RM5,000 daripada akaun KWSP bermula bulan Ogos.
Namun, kadar bayaran tetap adalah RM1,000 setiap bulan dan dilaksanakan selama 5 bulan sahaja.
Kemudahan ini adalah bertujuan untuk meringankan beban pencarum. Ianya juga merupakan kesinambungan daripada i-Lestari dan i-Sinar sebelum ini.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan & Kerjaya: https://t.me/portalsemakan
Program i-Citra
Menurut pengumuman Perdana Menteri, bahawa Kumpulan Wang Simpana Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra.
Menerusi i-Citra ini, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan, katanya.
Menurutnya, pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan RM30 billion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian rakyat.
Kenyataan Media KWSP
KUALA LUMPUR, 28 Jun 2021: Berikutan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyokong inisiatif Kerajaan dalam membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik dengan memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Citra untuk membantu ahli KWSP mendepani cabaran kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam jangka masa pendek.
Para pencarum boleh memohon kemudahan tersebut di portal dalam talian i-Citra di www.kwsp.gov.my/i-citra mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.
Syarat Kelayakan
- Semua ahli yang di bawah umur 55 tahun layak untuk memohon i-Citra yang membolehkan mereka mengeluarkan sehingga maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki di kedua-dua Akaun 1 dan 2.
- Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar untuk tempoh sehingga lima bulan dengan bayaran bulanan sebanyak RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.
- Nombor telefon bimbit yang telah dikemaskini untuk menerima Transaction Authorisation code (TAC) dan akaun bank peribadi aktif diperlukan bagi memudahkan proses permohonan.
Tarikh Permohonan
- Permohonan akan dibuka mulai 15 Julai 2021.
- Permohonan boleh dibuat melalui laman web rasmi KWSP.
Tarikh Pembayaran
Menurut Perdana Menteri, pembayaran pertama i-Citra akan mula diagihkan sebulan selepas permohonan iaitu bermula Ogos 2021.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lebih lanjut, ahli boleh merujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848.
Soalan Lazim
1. Apakah itu i-Citra KWSP?
- i-Citra KWSP merupakan kemudahan pengeluaran RM1,000 sebulan selama lima bulan.
2. Bilakah permohonan i-Citra akan dibuka?
- Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi KWSP bermula 15 Julai nanti.
3. Adakah saya layak mengeluarkan i-Citra?
- Sekiranya baki akaun KWSP anda mencukupi maka anda layak untuk memohon pengeluaran.