Sebuah bantuan kewangan berjumlah RM 100 dan RM 150 mula dikreditkan kepada kategori bujang.
Berita tersebut telah disambut baik oleh rakyat yang menerimanya. Bayaran tidak rasmi telah bermula pada 23 Jun ini.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (STR)
STR 2023 kembali diteruskan pembayarannya setelah bayaran fasa 1 dan 2 pada Januari dan April lalu.
Objektif utama bantuan ini adalah untuk membantu golongan sasar seperti B40, M40, warga emas, ibu dan bapa tunggal dan bujang.
Bayaran STR ini akan dilaksanakan dalam empat fasa di mana pembayaran pada bulan ini adalah fasa ketiga.
BAYARAN UNTUK KATEGORI BUJANG
Untuk pengetahuan anda, jumlah bayaran untuk kategori bujang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu untuk penerima lama dan penerima baharu.
Penerima baharu disini bermaksud kepada rakyat yang layak pada permohonan baharu Mac lalu.
PENERIMA LAMA
- Bayaran RM 100 untuk STR Fasa 3
PENERIMA BAHARU
- Bayaran RM 150 untuk STR Fasa 3.
JADUAL BAYARAN MENGIKUT BANK
Pembayaran STR Fasa 3 ini turut dibayar secara berperingkat mengikut jenis bank penerima.
Mengikut kebiasaan, bayaran kepada pemegang kad Bank Simpanan Nasional (BSN) antara yang terawal kemudian diikuti dengan bank-bank lainnya.
TERKINI ; Pembayaran secara tidak rasmi sudah bermula pada 23 Mac 2023 (Jumaat). Bayaran ini adalah kepada setiap penerima mana-mana akaun bank.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda belum menerima bayaran, jangan risau kerana pembayaran adalah secara berperingkat.
PENERIMA BAHARU STR 2023
Buat pemohon yang sudah membuat permohonan baharu STR pada bulan Mac lepas, anda turut menerima bayaran pada bulan ini sekiranya anda lulus.
Jumlah bayaran adalah berbeza berbanding penerima sedia ada kerana amaun bantuan anda akan dikumpulan daripada STR Fasa 1 dan 2 kemudian akan dibayar pada Fasa 3 dan 4.
Semakan kelulusan akan dikeluarkan beberapa hari sebelum tarikh bayaran.
TARIKH BAYARAN
Dijangkakan pembayaran akan dilaksanakan secara rasmi pada 26 Jun 2023. Walau bagaimanapun, bermula 23 Jun bayaran telah bermula secara berperingkat.