Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 telah dikreditkan dan masih berlangsung sekarang sehingga semua penerima yang layak mendapat bantuan berkenaan.
Setelah STR Fasa 3, bayaran STR Fasa 4 akan dibayar pula. Sila semak maklumat penuh di bawah.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 telah dilancarkan oleh kerajaan MADANI. Bantuan ini adalah sehingga RM 2,500 belum termasuk dengan bantuan tambahan bagi isi rumah yang layak.
Pembayaran bantuan ini sudah tentu serba sedikit meringankan beban rakyat lebih-lebih lagi yang sedang dalam kegawatan ekonomi.
STR FASA 4
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 merupakan bayaran terakhir untuk STR bagi tahun 2023 ini.
Fasa 1 adalah pada bulan Januari kemudian Fasa 2 pada bulan April bersamaan dengan beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri dan kini Fasa 3 pada bulan Jun lepas.
TARIKH BAYARAN
Pembayan bagi fasa terakhir ini dijangkakan bakal diberikan pada bulan
- November 2023
Tetapi, belum ada tarikh khusus yang dikeluarkan oleh kerajaan. Perkara ini hanya berpandukan dengan jadual yang dikeluarkan oleh pihak kewangan.
JUMLAH BANTUAN STR FASA 4
Seperti yang anda baca pada pendahuluan di atas, maksimum bayaran STR Fasa 4 untuk PENERIMA LAMA adalah RM 1,200. Sila semak kategori anda di bawah.
KATEGORI ISI RUMAH RM 0 – RM 2,500 (B40 & MISKIN TEGAR)
- Tiada anak : RM 200
- 1-2 anak : RM 600
- 3-4 anak : RM 900
- 5 dan ke atas anak : RM 1,200
KATEGORI ISI RUMAH RM 2,501 – RM 5,000 (M40)
- Tiada anak : Tiada bayaran
- 1-2 anak : Tiada bayaran
- 3-4 anak : RM 300
- 5 dan ke atas anak : RM 500
WARGA EMAS SEBATANG KARA (60 TAHUN DAN KE ATAS)
- Menerima bayaran RM 200
BUJANG DAN BUJANG OKU
- Tiada bayaran, pembayaran STR sudah selesai pada Fasa 3