Macam mana cara nak tebus Bantuan RM300 peranti serta RM180 data bulanan melalui Program Jaringan Prihatin B40? Berikut dikongsikan cara pendaftaran Program Jaringan Prihatin B40. Sila baca perkongsian di bawah.
Program Jaringan Prihatin B40
Semasa pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan telah mengumumkan untuk melaksanakan Program Jaringan Prihatin dengan peruntukan asal sebanyak RM1.5 billion kepada individu dalam kategori B40 yang memperoleh Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Daripada jumlah keseluruhan RM3.5 billion ini, kerajaan akan membelanjakan sejumlah RM2 billion manakala syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan pula akan memberi sumbangan tambahan berjumlah RM1.5 billion terutama dalam bentuk data percuma.
Di samping itu, kemudahan data percuma sebanyak 1GB yang dahulunya akan tamat pada 31 Disember 2020 akan dilanjutkan sehingga bermulanya program subsidi Jaringan Prihatin.
Jumlah Bantuan Program Jaringan Prihatin B40
Untuk pengetahuan anda, anda boleh pilih salah satu dari dua manfaat, iaitu pakej peranti atau pelan data untuk 12 bulan:
Kriteria Penebusan Program Jaringan Prihatin
Kerajaan telah menetapkan beberapa kriteria yang perlu dipenuhi untuk melakukan penebusan. Antara kriterianya adalah seperti berikut:
- Individu yang layak membuat penebusan perlu memohon melalui syarikat telekomunikasi yang menjadi pilihan dan hanya 1 tuntutan dibenarkan bagi setiap individu atau isi rumah yang layak.
- Jika individu tersebut mempunyai 2 nombor mudah alih, individu hanya boleh memilih 1 nombor mudah alih yang menerima tuntutan subsidi yang ditawarkan.
- Penerima yang layak dibenarkan untuk menukar syarikat telekomunikasi maksimum 3 kali dalam tempoh program sepanjang 12 bulan.
- Penerima tidak boleh menebus subsidi Jaringan Prihatin lebih daripada sekali sebulan atau memindahkan subsidi kepada pihak ketiga mahupun ditukar kepada bentuk tunai.
Syarikat Telekomunikasi Yang Terlibat
- Maxis
- Celcom
- Digi
- redONE
- Mcalls
- speakOUT
- UMobile
- Tune Talk
- Unifi Mobile
- XOX Mobile
- YES
- Yodoo
Panduan Melakukan Penebusan / Langgan Tawaran Program Jaringan Prihatin
Kepada anda yang layak dan ingin membuat penebusan atau langganan dan mengetahui tawaran yang disediakan, sila layari pautan syarikat telekomunikasi yang dikongsikan berikut:
a. Semak kelayakan di laman web BPR iaitu https://www.bpr.hasil.gov.my/ atau di laman web syarikat telekomunikasi.
1. Pendaftaran MAXIS Jaringan Prihatin
2. Pendaftaran CELCOM Jaringan Prihatin
3. Pendaftaran DIGI Jaringan Prihatin
4. Pendaftaran REDONE Jaringan Prihatin
5. Pendaftaran MCALLS Jaringan Prihatin
6. Pendaftaran SPEAKOUT Jaringan Prihatin
7. Pendaftaran UMOBILE Jaringan Prihatin
8. Pendaftaran TUNE TALK Jaringan Prihatin
9. Pendaftaran UNIFI MOBILE Jaringan Prihatin
- Unifi Mobile: https://unifi.com.my/jaringanprihatin
10. Pendaftaran XOX MOBILE Jaringan Prihatin
- XOX Mobile: https://xox.com.my/jaringan-prihatin-en
11. Pendaftaran YES Jaringan Prihatin
12. Pendaftaran YOODOO Jaringan Prihatin
b. Jika layak, daftar sebagai pelanggan.
c. Tentukan subsidi yang menjadi pilihan.
d. Nikmati peranti atau data percuma.
Maklumat Lanjut
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Program Jaringan Prihatin, sila layari laman web
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua!
Zz