Bantuan Khas One-Off RM300 Dibayar Bermula Hari Ini : Semak Sekarang

Pelbagai jenis bantuan berbentuk kewangan yang disalurkan oleh pihak kerajaan kepada rakyat serta penjawat awam.

Salah satunya adalah sebuah bantuan khas secara one-off RM300 yang dibayar bermula hari ini.

BANTUAN KHAS RM300

Untuk makluman pembaca, Kerajaan Negeri Sabah telah memperkenalkan Bantuan Khas Penghargaan (BKP) sebanyak RM300 kepada rakyat negeri berkenaan yang layak.

Bantuan kewangan tersebut diberikan kepada setiap penjawat awam yang masih berkhidmat sekurang-kurangnya pada 10 Ogos 2023.

PENJAWAT YANG LAYAK

Berikut adalah senarai penjawat awam yang layak terima BKP tersebut

  • Pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract Of Service (COS)
  • Pegawai yang bercuti bergaji penuh, separuh gaji dan tanpa gaji
  • Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya
  • Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang masih berkhidmat pada 10 Ogos 2023 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut

TARIKH PEMBAYARAN

Berdasarkan kenyataan Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bilangan Sembilan 2023 yang ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Safar Untong bertarikh 5 September lalu, pembayaran Bantuan Khas Penghargaan ini akan bermula pada

  • 25 SEPTEMBER 2023 – HARI ISNIN

BKP ini merupakan sebuah bantuan yang bertujuan untuk menghargai sumbangan dan sebagai suntikan semangat kepada penjawat Awam Negeri yang berusaha lebih gigih demi meningkatan mutu perkhidmatan kepada rakyat. – Pekeliling

Leave a Comment