Cara Tebus Bantuan e-Madani Bernilai RM100 : Semak Sekarang. Bantuan Khas Kerajaan e-Madani RM100 Ditebus Hari Ini : 4 Disember. Bantuan tersebut adalah e-Dompet iaitu e-Madani berjumlah RM100.
Bantuan e-Madani RM100 ini akan diberikan kepada semua rakyat dewasa warganegara Malaysia berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.
BANTUAN TAMBAHAN KHAS E-TUNAI
Jika sebelum bantuan berbentuk e-Wallet ini hanya diberikan kepada golongan belia serta pelajar universiti, kini skop pemberian ini telah dibesarkan kepada golongan B40 dan M40.
Dijangkakan lebih daripada 10 juta rakyat akan terima manfaat daripada e-Madani RM 100 ini.
JUMLAH BAYARAN
Amaun bantuan ini e-Madani ini adalah RM 100 bagi setiap individu. Bantuan dilaksanakan melalui e-wallet yang didaftarkan.
Bantuan e-wallet RM100 merupakan inisiatif terbaharu yang diumumkan kerajaan bagi golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah bagi tempoh setahun.
SYARAT KELAYAKAN
Mesti anda tertanya-tanya, apakah syarat kelayakan yang dikehendaki untuk menerima bantuan ini.
Antara syaratnya adalah
- Berumur 21 tahun dan ke atas
- Berpendapatan tahunan bawah RM 100,000 bagi setiap individu
Itu sahaja syarat yang diperlukan.
CARA BAYARAN
Untuk pengetahuan anda, cara penerimaan bantuan hanya boleh dilakukan di salah satu aplikasi perkhidmatan yang ditawarkan iaitu
- TNG E-Wallet
- Shopee
- Setel
- Lain-lain
Anda perlu pilih SATU SAHAJA daripada aplikasi diatas.
TARIKH BAYARAN
Kerajaan akan menunaikan janji bagi bantuan e-wallet RM100 kepada penerima yang layak pada Disember ini, kata Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong.
“Bantuan e-wallet RM100 ini akan diagihkan pada bulan Disember nanti. Jadi (rakyat) akan dapat (bantuan in). Rakyat diminta bersabar kerana kerajaan akan tunaikan janji,” katanya kepada Bernama hari ini.
Bantuan e-Wallet RM100 tersebut boleh ditebus bermula 4 Disember ini.