Bantuan Khas Aidilfitri RM1,200 Yang Dibayar Pada 15 Mac

Sebuah bantuan kewangan khas sempena Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM1,200 dan bakal dibayar pada 15 Mac ini.

Untuk maklumat penuh, sila rujuk perkara di bawah.

BANTUAN AIDILFITRI BERJUMLAH RM1,200

Pihak kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengumumkan sejumlah bantuan khas Aidilfitri akan diberikan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,200.

Dengan adanya bantuan tersebut ia mampu membantu rakyat sebagai persediaan menjelang hari raya kelak. Dijangkakan bantuan khas ini dibayar pada pertengahan Mac ini.

TARIKH BAYARAN

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) tersebut dijangkakan dibayar 15 Mac ini. Bantuan tersebut memperuntukkan sebanyak RM7.44 juta daripada kerajaan negeri.

SYARAT KELAYAKAN

Bantuan khas tersebut layak untuk SELURUH ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PULAU PINANG. Selain itu, bantuan BKKA tersebut turut diberikan kepada PBT, Badan Berkanun dan anak syarikat kerajaan negeri tertakluk keupayaan kewangan masing-masing.

Menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow, BKKA diberikan sebagai tanda penghargaan kepada seluruh anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang yang merupakan nadi penggerak kerajaan negeri.

BANTUAN RM300

Selain daripada bantuan RM1,200 tersebut, BKKA turut diberikan dengan jumlah berbeza iaitu RM300 one-off kepada

  • penyelia dan guru kelas al-Quran
  • guru KAFA
  • guru sekolah rendah agama (SRAR)
  • guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR)
  • sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) selain guru tahfiz, pondok, tadika islam (TADIS)
  • guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang

Leave a Comment