Bayaran Bantuan Aidilfitri RM1,000 Mula Dibayar Hari Ini 8 April. Bonus Aidilfitri RM1,000 atau bantuan Aidilfitri sebulan gaji akan mula dikreditkan bermula 8 April seperti yang diumumkan Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor.
Sebelum itu, sukacita dimaklumkan bahawa bantuan aidilfitri ini merupakan inisiatif daripada Kerajaan Negeri Selangor.
BANTUAN KHAS AIDILFITRI
Datuk Seri Amirudin Shari telah mengumkan pemberian Bantuan Aidilfitri ini yang merupakan insentif tambahan sebagai persediaan menyambut hari raya Aidilfitri bagi tahun ini.
Jumlah bantuan tersebut adalah SEBULAN GAJI ataupun minimum RM1,000 ini akan diberikan kepada anggota perkhidmatan awam negeri.
Dengan pemberian bantuan khas ini, diharapkan akan memberi manfaat kepada setiap penjawat yang menerimanya.
SENARAI PENERIMA BANTUAN AIDILFITRI
Antara penerima yang layak termasuklah
- Penjawat awam Selangor
- Penjawat awam persekutuan lantikan tetap
- Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)
- Pegawai Perhubungan Kampung
- Penyelia Pusat Wanita (WBS)
- Penggerak Belia Selangor (PeBS)
Penerima di atas dijangkakan akan menerima bantuan berjumlah SEBULAN ELAUN.
BANTUAN KHAS RM500
Selain daripada bantuan khas RM1,000 atau sebulan gaji. Terdapat juga bantuan tambahan RM500 yang hanya diberikan kepada
- Nazir
- Imam rawatib
- Siak
- Bilal
- Guru rakyat di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
TARIKH RASMI
Tarikh bayaran bantuan khas Aidilfitri Negeri Selangor ini dijangkakan mula dibayar pada 8 April 2024.
Selain daripada negeri Selangor, kerajaan Negeri lain turut memberikan Bantuan Aidilfitri contohnya Negeri Perak dan Pulau Pinang.