Jadual Tarikh Bayaran STR Fasa 4 Akhir 2024. Sementara bayaran STR Fasa 3 telah dibayar secara rasmi hingga 6 September lalu. Dalam beberapa bulan lagi, bayaran akhir STR Fasa 4 akan bermula.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
STR atau Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan sebuah bantuan kewangan yang dibayar dalam empat peringkat dengan jumlah maksimum RM2,500.
Sementara itu, Sumbangan Asas Rahmah merupakan bantuan tambahan RM1,200 yang berbentuk secara kredit untuk rakyat membeli barang keperluan asas.
STR FASA 4
Antara Fasa 1 hingga Fasa 4, bayaran Fasa 4 adalah jumlah bayaran tertinggi bagi setiap kategori yang layak.
Tujuan utama pemberian bantuan khas ini adalah untuk meringankan beban rakyat dengan menggunakan bantuan tersebut untuk pembelian barangan yang dikehendaki oleh rakyat.
KATEGORI YANG LAYAK STR FASA 4
Untuk pembayaran terakhir pada fasa 4 kali ini, kesemua jenis penerima layak menerima bantuan berkenaan.
Bermula daripada Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan bagi semua kategori.
JUMLAH BAYARAN STR FASA 4
Berikut adalah jumlah bayaran penuh STR Fasa 4 bagi setiap kategori
KATEGORI ISI RUMAH B40 (RM 0 – RM 2,500)
Tiada Anak
- RM 200
1-2 Anak
- RM 350
3-4 Anak
- RM 500
5 Anak & Lebih
- RM 700
KATEGORI ISI RUMAH M40 (RM 2,501 – RM 5,000)
Tiada Anak
- RM 150
1-2 Anak
- RM 200
3-4 Anak
- RM 250
5 Anak & Lebih
- RM 350
BUJANG / WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- RM 100
WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- RM 150
TARIKH BAYARAN
Tiada tarikh bayaran diumumkan setakat ini. STR Fasa 4 tahun lalu (2023) telah dibayar pada bulan November. Oleh hal demikian, kemungkinan besar STR Fasa 4 (2024) dibayar antara November dan Disember tahun ini.