RASMI : Rujuk Cara Pendaftaran i-Suri KWSP 2020 Untuk Suri Rumah Golongan RM480 Setahun

 

Anda ingin tahu cara daftar i-Suri KWSP? Berita baik buat anda golongan suri rumah yang berminat serta berkelayakan membuat pendaftaran i-Suri KWSP tahun 2020. Berikut dikongsikan secara lengkap cara mendaftar i-Suri KWSP Untuk Suri Rumah RM480 Setahun buat panduan anda.

KETERANGAN i-SURI KWSP

Seperti yang sedia maklum i-Suri KWSP merupakan singkatan kepada insentif Suri adalah Caruman Sukarela untuk suri rumah yang berdaftar dibawah sistem e-Kasih. Baru baru ini,kerajaan telah memperuntukkan RM20 juta bagi menjayakan fasa pertama skim yang dikenali Program Sukarela Insentif Suri (SURI).

PANDUAN MENDAFTAR i-SURI KWSP 2020 UNTUK SURI RUMAH RM480 SETAHUN

Berikut telah dikongsikan maklumat meliputi Cara Daftar i-Suri serta syarat kelayakan dan maanfaatnya

PENDAFTARAN i-Suri KWSP TAHUN 2020

1. Bagi golongan suri rumah yang memenuhi syarat kelayakan dan ingin mendaftar insentif i-Suri KWSP, anda perlulah hadir ke mana-maan cawangan KWSP yang berhampiran dengan anda dengan membawa MyKad serta dua borang seperti berikut :

  • Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa Pembayaran)

BACA SYARAT-SYARAT KELAYAKAN i-SURI KWSP

Antara Syarat Kelayakan Permohonan i-Suri KWSP ada seperti yang dinyatakan di bawah :

1. Mestilah warganegara Malaysia
2. Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 Nov 2018
3. Belum mencapai umur 60 tahun
4. Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
5. Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)

MANFAAT INSENTIF i-SURI KWSP

Antara manfaat i-Suri KWSP adalah seperti berikut:

1. Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200* pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya.
2. Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
3. Menerima dividen tahunan KWSP.
4. Bantuan Kematian: RM2,500.

Info Penting:
** tertakluk kepada terma dan syarat KWSP
*Sumbangan kerajaan ke dalam akaun KWSP sehingga RM200 kepada mereka yang layak bagi caruman untuk tempoh Ogos – Disember 2018. Bagi tahun berikutnya, jumlah sumbangan adalah sehingga RM480 setahun (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).


CARA & SALURAN BAYARAN i-SURI KWSP

A. Perbankan Internet
– Pemindahan wang secara elektronik:
Maybank
Public Bank
RHB Bank

B. Kaunter Ejen Bank
– Tunai/cek
BSN
Maybank
Public Bank
RHB Bank

C. Kaunter KWSP
Tunai (maksimum RM500) /cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar

Maklumat Lanjut


Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila menghubungi di Pusat Pengurusan Perhubungan 03 – 8922 6000 atau layari di Portal KWSP www.kwsp.gov.my.

Semoga perkongsian Cara Daftar i-Suri KWSP Untuk Suri Rumah ini dijadikan panduan buat anda semua!

Leave a Comment