Kelmarin pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumunkan bahawa akses terhadap Akaun-1 untuk ahlinya (pencarum) yang terjejas dengan pendahuluan maksimum pertama antara RM4,000 hingga RM10,000.
Untuk pengetahuan anda, bagi ahli yang mempunyai baki Akaun-1 kurang daripada RM90,000 boleh melakukan pengeluaran sehingga RM9,000 dengan pendahuluan pertama sebanyak RM4,000. Manakala bagi ahli yang mempunyai baki lebih RM90,000 boleh melakukan pengeluaran maksimum sebanyak RM60,000 dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000. Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh rujuk DISINI .
Seperti yang anda ketahui, wang pendahuluan yang telah diterima atau dikeluarkan melalui i-Sinar perlulah diganti semula. Apakah maksud mengganti semula? Jom baca sedikit pencerahan di bawah ini.
ADAKAH SEMUA TU PERLU DIGANTI DENGAN DUIT POKET SENDIRI?
Untuk pengetahuan anda, Ahli perlu menggantikan semua pendahuluan i-Sinar apabila caruman baharu mula diterima oleh KWSP. Penggantian semula hanya melalui caruman anda sepanjang tempoh bekerja seperti biasa.
Tujuan utama penggantian semua wang pendahuluan ini adalah untuk memastikan ahli sentiasa mempunyai jumlah simpanan yang mencukupi untuk digunakan pada masa hadapan.
Bagi menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan i-Sinar dan memastikan bahawa kelangsungan hidup semasa krisis, ahli (pencarum) adalah digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).