Assalamualaikum wbt kepada anda semua. Untuk pengetahuan anda semua, mySalam adalah merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang diberikan oleh kerajaan yang mana memberikan perlindungan takaful kepada individu mana yang layak untuk menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.
Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :
1. Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.
2. Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
3. Individu OKU yang berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :
1. Penyakit yang kritikal akan menerima bantuan RM8,000 + Hospitalisasi untuk maksimum selama 14 hari.
Info Tambahan :
Sedikit info tambahan untuk anda semua, untuk sesiapa mereka yang kena kuarantin tu sebenarnya anda boleh melakukan penebusan mySalam. Walaupun kamu kena kuarantin daripada rumah sahaja tetapi anda semua masih boleh untuk melakukan penebusan. Sebagai contoh, anda telah diarahakan untuk kuarantin selama tempoh 10 hari (RM50X10) = RM500. (Tempoh minimum tebus 1 hari dan maksimum tebus adalah selama 14 hari)
Untuk membuat permohonan, sila rujuk pada pautan yang diberikan dibawah.
Namun, sebelum anda melakukan penebusan sila pastikan bahawa anda telah melakukan semakan sama ada anda layak untuk menerima bantuan ini ataupun tidak. Untkuk ketahui cara melakukan semakan, anda boleh ikuti langkah di bawah ini.
1. Sila layari www.mysalam.com.my
2. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa tanda (-)
3. klik pada pautan “semak”
4. Pada bahagian bawah nanti akan ada paparan yang menyatakan sama ada anda layak ataupun tidak
Sekiranya anda layak, terdapat dua cara yang anda boleh lakukan untuk menebus bantuan ini. Sila rujuk pada pautan yang disediakan di bawah ini.
Tuntutan Secara Online
1. Log masuk ke dalam portal https://www.mysalam.com.my/b40/public/
2. Jika anda belum mendaftar mySalam sila daftar terlebih dahulu. Sila klik LOG MASUK KALI PERTAMA dan ikuti langkah seperti yang diarahkan.
3. Setelah selesai mendaftar, dia akan meminta pengesahan nombor telefon. Jika nombor telefon anda sudah tidak boleh digunakan, sila hubungi talian bantuan untuk pihak mereka lakukan reset kata laluan. Selepas itu, anda boleh masukkan kata laluan anda yang baru.
4. Sila kemaskini profile anda.
5. Selepas kemaskini profile, sila klik TUNTUTAN > PENYERAHAN TUNTUTAN > TUNTUTAN HOSPITALISASI > MASUKKAN TARIKH MULA DAN TAMAT KUARANTIN > PILIH NON PANEL UNTUK (NAMA HOSPITAL) > MUAT NAIK COPY IC > MUAT NAIK BORANG ANNEX 14&17 (Contoh borang Annex 14&17 ada dalam gambar)
6. Klik hantar.
7. Sila tunggu jawapan dan keputusan. Mereka akan maklumkan kemudian.
Tuntutan Secara Manual
1. Anda boleh pergi ke mana-mana kiosk mySalam.
2. Bawa bersama salinan kad pengenalan dan borang annex14&17. Untuk kawasan Labuan, kiosk mySalam berada di Hospital Nukleusb (bersebelahan dengan mesin ATM Bank Rakyat).
3. Serahkan segala dokumen diperlukan untuk pihak mereka masukkan dalam sistem (key-in).
4. Bagi kawasan lain, boleh hubungi nombor di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut lokasi kiosk mySalam di kawasan anda.
TALIAN BANTUAN
Telefon : 1-300-88-8938
Email : info@mysalam.com.my