Bayaran MyKad MADANI RM900 2025 : Semak Status Kelayakan

Bayaran MyKad MADANI RM900 2025 : Semak Status Kelayakan. Sumbangan Asas Rahmah atau SARA merupakan sebuah bantuan secara terus ke MyKad KECUALI Sabah dan Sarawak yang dikreditkan secara tunai.

Berbeza dengan SARA 2024, SARA 2025 telah dinaikkan jumlah bantuan dan dilonggarkan syarat kelayakan. Ini bermakna, lebih ramai bakal menikmati manfaat Sumbangan Asas Rahmah.

STR DAN SARA 2025

Bantuan rakyat yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kembali diteruskan bagi tahun ketiga iaitu pada 2025 dengan beberapa penambahan amaun bantuan.

STR merupakan satu bentuk bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia sebagai sebuah inisiatif bantuan rahmah uang membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah.

Sumbangan Asas pula merupakan BANTUAN TAMBAHAN yang berbentuk kredit maksimum RM100 sebulan untuk pembelian barang keperluan asas.

PERMOHONAN STR 2025 DIBUKA HINGGA NOVEMBER SAHAJA

Permohonan baharu dan kemas kini bagi penerima sedia ada telah dibuka bermula pertengahan Oktober sehingga 30 November ini.

Bagi rakyat yang belum menerima bantuan STR sebelum ini dan berkehendak untuk membuat permohonan, anda boleh terus membuat permohonan secara rasmi melalui portal STR atau ke pejabat HASiL berdekatan anda.

Manakala untuk penerima sedia ada, sekiranya anda belum kemas kini maklumat dalam tempoh 3 tahun, penerima disarankan untuk membuat kemas kini terbaru.

KADAR BAYARAN STR 2025

Seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terdapat peningkatan jumlah bayaran bantuan melalui Sumbangan Asas Rahmah yang boleh mencecah RM1,200 bagi penerima yang layak.

Penambahan peruntukan ini membolehkan kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada RM4600 berbanding RM3700.

ISI RUMAH B40 (RM0 – RM2,500)

  • Tiada anak – RM1,000
  • 1-2 anak – RM1,500
  • 3-4 anak – RM2,000
  • 5 dan lebih – RM2,000

ISI RUMAH M40 (RM2,501 – RM5,000)

  • Tiada anak – RM500
  • 1-2 anak – RM750
  • 3-4 anak – RM1,000
  • 5 dan lebih – RM1,250

Selain itu, berita baik kepada golongan bujang. Peningkatan ketara adalah golongan bujang bakal menikmati bayaran bantuan berjumlah RM600 berbanding sebelum ini RM300-RM350 sahaja.

BUJANG (0-RM2,500) & WARGA EMAS TIADA PASANGAN

  • RM600

SYARAT KELAYAKAN SARA 2025

Sumbangan Asas Rahmah 2025 kini terbahagi kepada DUA KATEGORI

  • Kategori 1 untuk penerima STR 2025 berkategori MISKIN TEGAR DAN MISKIN melalui data eKasih (sama seperti SARA 2024)
  • Kategori 2 pula untuk SEMUA PENERIMA STR 2025 kecuali bujang

JUMLAH BAYARAN SARA 2025

Untuk pengetahuan anda, jumlah penuh SARA 2025 telah dinaikkan hampir RM1,000 berbanding SARA 2024 ini.

KATEGORI 1 – MISKIN & MISKIN TEGAR EKASIH

  • Isi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan – Terima bayaran RM100 setiap bulan bermula JANUARI hingga DISEMBER

Menjadikan jumlah keseluruhan adalah RM1,200.

  • Bujang (RM600) – Terima bayaran RM50 sebulan bermula Januari hingga Disember

KATEGORI 2 – PENERIMA STR 2025

  • Isi Rumah (RM900) – Terima bayaran RM100 sebulan bermula APRIL hingga Disember 2025
  • Warga Emas Tiada Pasangan (RM450) – Terima RM50 sebulan bermula April hingga Disember 2025

KAEDAH BAYARAN

Kaedah bayaran adalah terus secara kredit melalui MyKad penerima atau ketua isi rumah berkenaan.

TETAPI perkara ini masih dikecualikan kepada penerima SARA di negeri Sabah dan Sarawak. Ini kerana pembayaran SARA 2024 adalah secara tunai dalam DUA FASA. Buat masa ini, tiada informasi terkini mengenai kaedah bayaran untuk penerima di DUA NEGERI tersebut.

MAKLUMAT LANJUT STR 2025

Maklumat lanjut mengenai STR 2025 akan dikemaskini dari masa ke masa.

Layari laman web rasmi STR untuk pengemaskinian terkini :