Berita terkini! Siaran Media MOF telah mengeluarkan kenyataan bahawa seramai 8.3 juta penerima layak menerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2025 termasuk kategori isi rumah, bujang dan warga emas tiada pasangan yang akan disalurkan bermula esok.
Bagaimanakah semak bila tarikh bayaran str 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: KLIK UNTUK INFORMASI BANTUAN SEMASA
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
BILA TARIKH BAYARAN STR 2025 FASA 1
Pembayaran Bantuan STR 2025 seperti berikut:
FASA BAYARAN | TARIKH PEMBAYARAB |
---|---|
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 | Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat bermula pada 22 – 28 Januari 2025 |
*Nota: Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2025
KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR 2025 FASA 1
Bantuan STR 2025 Fasa 1 akan disalurkan seperti berikut:
JENIS PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN BANTUAN STR | TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 1 |
---|---|---|
Penerima yang mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan. | 22 – 28 Januari 2025 |
Penerima Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran. | Mulai 22 Januari 2025 |
KADAR AGIHAN BAYARAN BANTUAN FASA 1 STR 2025
Pembayaran STR Fasa 1 akan disalurkan mengikut kategori kelayakan masing-masing seperti dibawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN FASA 1(RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | RM500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | RM150 – RM300 |
Warga emas tiada pasangan berpendapatan RM 5000 dan kebawah | RM 150 |
Bujang berpendapatan RM 2500 dan kebawah | RM 150 |
LOGIN DAN SEMAK STATUS BAYARAN STR 2025 FASA 1
Status Bantuan STR Fasa 1 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ - Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR Fasa 1] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH KESELURUHAN BAYARAN STR 2025
Kadar bantuan STR 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1,000 Anak 1-2 : RM 1,500 Anak 3-4 : RM 2,000 5 dan keatas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 Anak 1-2 : RM 750 Anak 3-4 : RM 1,000 5 dan keatas: RM 1,250 |
Warga emas tiada pasangan berpendapatan RM 5000 dan kebawah | RM 600 |
Bujang berpendapatan RM 2500 dan kebawah | RM 600 |
*Nota : Kadar bantuan ini adalah jumlah keseluruhan bagi tahun 2025, dan wang akan diagihkan secara berfasa (Fasa 1, 2, 3, dan 4).
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : str@treasury.gov.my
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf