Bantuan Tunai Rakyat (BTR) bakal dikreditkan dalam masa terdekat. Mesti anda tertanya-tanya berapakah jumlah keseluruhan Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1. Sila semak artikel di bawah
BANTUAN TUNAI RAKYAT 2023
Bermula Januari 2023, pembayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) kembali diteruskan dengan menggantikan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Pemberian bantuan ini sudah tentu untuk meringankan beban rakyat yang layak.
Ia merupakan salah satu tanda usaha pihak kerajaan menjaga kebajikan rakyat Malaysia.
JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN TUNAI RAKYAT FASA 1
Jumlah bantuan keseluruhan adalah berbeza mengikut kategori. Buat masa ini, jumlah pembayaran yang diumumkan hanyalah untuk Fasa 1 sahaja.
1. RM 300 untuk kategori Isi Rumah
2. RM 100 untuk kategori Bujang
TARIKH BAYARAN
Semua pihak sudah sedia maklum bahawa pembayaran diawalkan daripada bulan Mac ke bulan Januari kerana musim tengkujuh yang sedang menimpa.
Walau bagaimanapun, tarikh bayaran bagi Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 bulan Januari belum diumumkan setakat ini oleh pihak kerajaan.
PERMOHONAN BAHARU BTR
Setakat ini, pihak kerajaan belum membuka permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat BTR 2023. Kemungkinan besar, pembayaran akan dilaksanakan mengikut semakan data penerima BKM 2022. Manakala, permohonan baharu bakal dibuka dalam masa terdekat.