Tarikh Bayaran Bagi Bantuan RM 800 Sudah Diumumkan

Tarikh bayaran bagi sebuah bantuan yang berjumlah RM 800 sudah diumumkan oleh pihak kerajaan. Semak maklumat penuh di bawah.

BANTUAN BERJUMLAH RM 800

Bantuan tersebut adalah Bantuan Musim Tengkujuh di mana jumlah bantuan berkenaan telah dinaikkan oleh pihak kerajaan.

Pihak kerajaan melalui agensi RISDA sentiasa mengambil berat untuk memelihara kebajikan pekebun kecil dan akan melaksanakan pemantauan agar tiada pekebun tercicir bantuan tersebut.

JUMLAH BANTUAN DINAIKKAN

Bermula tahun 2023, pemberian BMT ini telah dinaikkan kepada RM 800 berbanding tahun-tahun sebelum iaitu RM 600 sahaja.

Penambahan jumlah bantuan ini untuk membantu para pekebun yang terkesan akibat musim tengkujuh yang melanda negara.

TARIH BAYARAN BANTUAN RM 800

YB Nik Azmi Nik Ahmad yang merupakan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah umumkan tarikh bayaran bagi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023.

Pembayaran Fasa 1 – Januari 2023

Pembayaran Fasa 2 – Februari 2023

Pembayaran Fasa 3 – Mac 2023

  • Fasa 1 – RM 300
  • Fasa 2 – RM 300
  • Fasa 3 – RM 200

SEMAKAN PERMOHONAN BMT

Semakan bagi permohonan boleh dilakukan melalui portal https://pekebunkecilmakmur.com.my/ .

Permohonan baharu bagi BMT belum diumumkan setakat ini. Sebarang informasi berkaitan akan kami kemas kini dari masa ke masa.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan BMT 2023, anda boleh hubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT di talian

  • 03-4251 0171

Leave a Comment