Bantuan Aidiladha RM500 : Tarikh Bayaran & Syarat Kelayakan

Bantuan Aidiladha RM500 : Tarikh Bayaran & Syarat Kelayakan. Bulan Jun ini sekali lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Pihak kerajaan turut akan memberikan bantuan Aidiladha bagi individu yang layak.

BANTUAN AIDILADHA

Menteri Agama, Datuk Seri Na’im Mokhtar telah mengumumkan bahawa pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) setuju untuk menyalurkan bantuan khas sempena Aidiladha.

Bantuan ini akan diberikan kepada setiap asnaf MAIWP yang berada di WP Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

JUMLAH BANTUAN

Bantuan insentif khas ini adalah RM500. Bantuan ini akan dibayar one-off RM500 kepada penerima yang layak.

KATEGORI KELAYAKAN

Kategori asnaf yang layak terima bantuan ini adalah terbahagi kepada empat iaitu Fakir, Miskin, Muallaf dan Ar-Riqab.

Empat kategori di atas akan terima bantuan tunai RM500 tersebut.

JUMLAH LAYAK

Seramai 32,000 asnaf layak terima bantuan khas Aidiladha ini yang terdiri daripada Fakir, Miskin, Muallaf dan Ar-Riqab.

Jumlah keseluruhan bantuan ini memperuntukkan sebanyak RM16,150,000.00 yang diterima daripada kutipan zakat yang diterima daripada orang ramai.

TARIKH BAYARAN

Bantuan Aidiladha ini akan dikreditkan selewat-lewatnya adalah 14 Jun 2024 (Jumaat) seperti yang dinyatakan.

Dengan tarikh pembayaran awal beberapa hari sebelum Aidiladha, para asnaf boleh membuat persiapan awal.

Leave a Comment