Bantuan Awal Persekolahan RM150 Untuk Murid Sekolah Rendah Dan Menengah

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 kepada setiap murid sekolah rendah dan menengah akan mula dibayar pada Januari ini.

Kementerian Pendidikan memaklumkan, sebanyak RM788.12 juta diperuntukkan dalaman Belanjawan 2024 KHUSUS untuk BAP.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

JUMLAH BANTUAN

Setiap murid yang layak akan terima Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 secara one-off.

KRITERIA KELAYAKAN BAP

Setiap murid layak sekiranya menepati dengan kriteria yang diperlukan seperti di bawah

1 . Warganegara Malaysia

2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannnya bagi Sesi Persekolahan 2023/2024 dan

3. Murid bersekolah di

  • Sekolah Kerajaan (SK & SMK)
  • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
  • Sekolah Agama
  • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan
  • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
  • Sekolah Integriti
  • Sekolah Henry Gurney

KAEDAH PEMBAYARAN

Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini dibuat hanya secara

  • Tunai atau
  • Disalurkan ke akaun bank murid

TARIKH BAYARAN

Mulai Januari 2024 ini. Tiada tarikh rasmi dikeluarkan setakat ini.

Leave a Comment