Bantuan Awal Ramadan RM500 Untuk Rakyat Malaysia – Semak Sekarang

Bantuan awal ramadan RM 500 secara one-off untuk rakyat Malaysia. Berita baik untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan yang merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan di Wilayah Persekutuan. Bantuan Ramadan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan akan disalurkan mulai 27 Mac 2023 / 5 Ramadan 1444H secara berperingkat.

Bantuan berjumlah RM500 sebagai bayaran sekali sahaja kepada semua penerima bantuan bulanan bertujuan untuk membantu meringankan beban golongan asnaf menyambut kedatangan bulan mulia Ramadan al-Mubarak tahun ini.

JUMLAH BANTUAN AWAL RAMADAN YANG DITERIMA

Untuk makluman semua, jumlah bantuan yang akan diterima oleh rakyat yang layak adalah

  • RM 500 bagi seorang
  • Pembayaran secara one-off

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat dan kriteria permohonan bantuan ini adalah seperti berikut :

  • Beragama islam
  • Rakyat Malaysia
  • Mesti bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah

CARA PERMOHONAN

Bagi rakyat Malaysia yang ingin memohon bantuan awal ramadan ini, anda boleh terus datang sendiri ke pejabat Baitulmal MAIWP berhampiran tempat tinggal anda atau boleh terus layari laman web www.maiwp.gov.my untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan bantuan dan muat turun permohonan borang yang disediakan.

Semoga bantuan yang diberikan oleh MAIWP Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dapat membantu golongan yang tidak berkemampuan dalam menyambut bulan mulia ini.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh terus layari laman web MAIWP yang disertakan di atas.

Anda turut boleh terus datang ke pejabat MAIWP yang berhampiran dengan kawasan anda.

Sumber : portalmalaysia.com

Leave a Comment