Untuk pengetahuan anda, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diteruskan pada tahun hadapan. Bantuan bernilai RM1,200 akan dikreditkan dalam MyKad bermula 2024.
Bagi SARA 2024 terdapat penambahan bantuan berbanding tahun ini. Untuk info lanjut sila rujuk maklumat di bawah.
SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa bantuan SARA akan diteruskan bagi edisi 2024. Ia dinyatakan ketika pembentangan Bajet 2024, bulan Oktober lepas.
Selain itu, jumlah bantuan turut bertambah daripada RM 600 kepada RM1,200 bagi setiap penerima.
KAEDAH PENEBUSAN
Program ini menawarkan bantuan RM 1,200 dibayar RM 100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan. Ini bermakna penerima akan terima RM100 setiap bulan.
Nama dan nombor MyKad penerima yang layak direkodkan dan boleh menggunakan secara tanpa tunai melalui MyKad penerima.
BANTUAN STR TAMBAHAN
Jumlah STR Tambahan mengikut jumlah tanggungan/anak bagi setiap isi rumah
- 0 Anak – RM 1,200
- 1-2 Anak – RM 1,200
- 3-4 Anak – RM 1,200
- 5 Dan Ke Atas – RM 1,200
SYARAT KELAYAKAN SARA 2024
Sama seperti SARA 2023, bukan semua penerima isi rumah STR 2024 layak untuk terima bantuan tambahan ini. Berikut adalah kategori yang layak terima bantuan berkenaan
- Kategori isi rumah miskin tegar
- Pendapatan bulanan adalah RM 1,169 dan ke bawah sahaja
- Penerima STR 2023
- Tiada had umur
Sekiranya anda merupakan golongan miskin tegar dan telah membuat pendaftaran e-Kasih, anda layak untuk menerima bantuan diatas.
TARIKH PEMBAYARAN BERMULA
Buat setakat ini, belum ada tarikh pembayaran dinyatakan. Kemungkinan besar ia akan dibayar sekali dengan STR Fasa 1 (2024) pada bulan Februari depan.