Bantuan Dalam MyKad 2025 Dikreditkan Bulan Ini

Bantuan Dalam MyKad 2025 Dikreditkan Bulan Ini

Kerajaan Malaysia Madani telah memperkenalkan satu inisiatif baru, Bantuan MyKad Madani, sebagai langkah sokongan kepada golongan berpendapatan rendah. Bantuan ini disasarkan kepada individu dalam kategori miskin, miskin tegar, serta mereka yang memerlukan sokongan kewangan lebih untuk mengatasi cabaran hidup.

Dana bantuan ini akan disalurkan terus ke dalam akaun MyKad penerima sepanjang tahun, memastikan setiap individu yang layak menerima bantuan secara langsung, khususnya dalam menghadapi situasi ekonomi semasa.

Jadual Penyaluran Bantuan Dalam MyKad 2025 Madani RM600 (2025)

Semenanjung Malaysia (termasuk Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Perak, Kedah, dan Pulau Pinang):

  • Tempoh Penyaluran: 3 Febuari 2025 (Isnin) hingga 1 Disember 2025 (Ahad).

Kategori Penerima dan Jumlah Bantuan

recommended by

HDTV Pro

Siaran TV HD kini di Malaysia tanpa bayaran bulanan!

Ketahui Lanjut

  • Isi rumah : RM100 – RM600 (Semenanjung Malaysia), RM600 (Sabah & Sarawak)
  • Warga Emas : RM100 – RM600 (Semenanjung Malaysia), RM600 (Sabah & Sarawak)
  • Bujang : RM50 – RM300 (Semenanjung Malaysia), RM300 (Sabah & Sarawak)

Bantuan ini diharap dapat memberikan kelegaan kepada golongan berpendapatan rendah dan warga emas yang memerlukan bantuan kewangan tambahan.

Cara Semak Status Kelayakan Bantuan Dalam MyKad RM2025 Madani RM600

Untuk mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan ini, ikuti langkah mudah berikut:

  • Layari laman web rasmi eKasih untuk semakan status.
  • Pilih bahagian “Check Status” di halaman utama.
  • Masukkan nombor MyKad tanpa tanda sengkang (contoh: 870230116789).
  • Isikan kod Captcha untuk pengesahan.
  • Klik butang [Check Status].

Status kelayakan anda akan dipaparkan setelah sistem memproses maklumat. Jika layak, maklumat tentang jumlah bantuan dan tarikh penyaluran akan diberikan.

Maklumat Lanjut dan Rujukan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi pihak berwajib melalui:

  • Laman Bantuan Rasmi: MyKasih
  • Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Alamat E-mel: info@mykasih.com

Pastikan anda hanya mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah untuk mengelakkan penipuan. Pihak kerajaan tidak akan meminta sebarang bayaran atau maklumat peribadi tanpa sebab yang sah.

Sistem e-Kasih, pangkalan data nasional yang merekodkan isi rumah miskin dan miskin tegar, digunakan oleh agensi kerajaan untuk merancang dan melaksanakan program pembasmian kemiskinan. Data ini dikelola oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) bagi memastikan bantuan disalurkan dengan tepat kepada mereka yang memerlukan.