Sebuah bantuan yang turut dikreditkan pada tarikh yang sama dengan STR 2023.
Bantuan tersebut dikenali sebagai bantuan e-Dompet 2023 yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan.
BANTUAN E-DOMPET RM 200
Sebuah bantuan kewangan yang dikenali bantuan e-Dompet akan diberikan kepada setiap mahasiswa dan belia berdasarkan kelayakan yang ditetapkan.
Pembayaran bantuan ini akan diuruskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Bantuan ini mula diperkenalkan pada tahun 2020 dan diteruskan sehingga tahun ini.
OBJEKTIF BANTUAN
Bantuan ini dapat membantu meringankan beban dan berhadapan kos sara hidup yang turut meningkat di kampus.
JUMLAH BANTUAN
Bantuan berjumlah RM 200 diberikan kepada mahasiswa yang berkelayakan dan tidak terhad kepada mahasiswa berusia 18 hingga 20 tahun sebagaimana pengumuman Perdana Menteri.
Selain itu, para belia (bukan mahasiswa) berumur 18 hingga 20 tahun turut bakal menerima bantuan ini sama seperti tahun-tahun sebelum.
CARA BAYARAN
Penerimaan bantuan boleh ditebus melalui aplikasi e-Dompet yang akan diberitahu kemudian.
Buat setakat ini, pihak MOF dengan kerjasama kementerian terlibat kini dalam proses memuktamadkan dengan penyediaan perkhidmatan e-dompet berhubung pembangunan sistem data program ini termasuk keperluan pengajian sebelum pelancarannya pada hujung Jun.
TARIKH BAYARAN
Bantuan e-Belia RM 200 ini yang membabitkan mereka yang berusia 18 hingga 21 tahun termasuk pelajar universiti akan disalurkan bermula 26 Jun ini.