Bantuan e-Wallet Berjumlah RM 200 Akan Dibayar Bulan Ini : Semak Sekarang

Sukacita diumumkan bahawa sebuah bantuan yang telah lama ditunggu-tunggu khasnya oleh belia akan mula dikreditkan tidak lama lagi.

Ia dikenali sebagai bantuan e-Wallet atau e-Pemula tahun 2023. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk perkara di bawah.

BANTUAN E-DOMPET RM 200

Sebuah bantuan kewangan yang dikenali bantuan e-Dompet akan diberikan kepada setiap mahasiswa dan belia berdasarkan kelayakan yang ditetapkan.

Pembayaran bantuan ini akan diuruskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Bantuan ini mula diperkenalkan pada tahun 2020 dan diteruskan sehingga tahun ini.

OBJEKTIF BANTUAN

Bantuan ini dapat membantu meringankan beban dan berhadapan kos sara hidup yang turut meningkat di kampus.

JUMLAH BANTUAN

Bantuan berjumlah RM 200 diberikan kepada mahasiswa yang berkelayakan dan tidak terhad kepada mahasiswa berusia 18 hingga 20 tahun sebagaimana pengumuman Perdana Menteri.

Selain itu, para belia (bukan mahasiswa) berumur 18 hingga 20 tahun turut bakal menerima bantuan ini sama seperti tahun-tahun sebelum.

CARA BAYARAN

Penerimaan bantuan boleh ditebus melalui aplikasi e-Dompet yang akan diberitahu kemudian.

Buat setakat ini, pihak MOF dengan kerjasama kementerian terlibat kini dalam proses memuktamadkan dengan penyediaan perkhidmatan e-dompet berhubung pembangunan sistem data program ini termasuk keperluan pengajian sebelum pelancarannya pada hujung Jun.

TARIKH BAYARAN

Bayaran akan bermula pada Jun ini. Walaubagaimanapun, tarikh rasmi belum diumumkan setakat ini.

Leave a Comment