BANTUAN EWALLET 2025 KELAYAKAN FASA 1 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM200 & RM100 & RM50)
Untuk makluman, seramai 700,000 individu miskin dan miskin tegar layak menerima bantuan tanpa tunai (cashless) bagi kemasukan bulan Januari untuk pembelian barangan keperluan asas.
Bagaimanakah semakan kelayakan bantuan ewallet 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK STATUS BANTUAN SARA
APA ITU BANTUAN EWALLET 2025
Bantuan tanpa tunai (cashless) adalah lanjutan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dimana bantuan akan disalurkan secara tanpa tunai kedalam MyKad penerima STR (eKasih dan Bukan eKasih) untuk membuat pembelian barangan keperluan asas berlabel MyKasih.
Bermula tahun 2025, penyaluran bantuan kedalam MyKad turut diperluaskan di Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, dan Warga Emas Tiada Pasangan;
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
*Catatan: Individu yang memenuhi syarat dan kategori kelayakan di atas akan secara lansung layak menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih.
PORTAL SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN 2025
Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:
- Di Portal Rasmi MyKasih; ATAU
- Di Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Klik log masuk MyKasih :
https://www.mykasih.com.my/ - Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Klik log masuk MySTR :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
JADUAL PENYALURAN BANTUAN EWALLET 2025 (SARA)
Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima Bantuan STR (BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih) | 15 Januari 2025 (Rabu) |
Penerima Bantuan STR Sahaja (BUKAN eKasih) | Bermula April 2025 |
JUMLAH MASUK BANTUAN EWALLET 2025 (SARA)
Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima STR (BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih)
KATEGORI PENERIMA (BERSTATUS eKasih) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) *JANUARI – MAC | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) *APRIL – DISEMBER | JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM) |
---|---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM100 sebulan | RM 200 sebulan | RM 2,100 |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | RM100 sebulan | RM 150 sebulan | RM 1,650 |
Bujang (Setiap Individu) | RM50 sebulan | RM 50 sebulan | RM 600 |
- Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA (BUKAN eKasih) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) *JANUARI – MAC | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) *APRIL – DISEMBER | JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM) |
---|---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | – | RM 100 sebulan | RM 900 |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | – | RM 50 sebulan | RM 450 |
Bujang (Setiap Individu) | – | – | – |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : info@mykasih.com
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara