BANTUAN EWALLET RM200 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN
Masyarakat di serata dunia lebih ramai yang menggunakan pembayaran secara tanpa tunai (cashless) kerana ianya lebih pantas dan selamat tanpa perlu membuat pengeluaran wang tunai. Sejajar dengan itu, Kerajaan juga menyalurkan bantuan secara tanpa tunai (cashless) bagi memudahkan rakyat.
Bagaimnakaha semak status kelayakan penerima bayaran bantuan ewallet rm200? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : Bantuan Dalam MyKad 2025 Dikreditkan Bulan Ini
APA ITU BANTUAN EWALLET
Bantuan eWallet telah diperkenalkan sebagai bantuan tambahan dan telah dilaksanakan pada Disember 2023 hingga Februari 2024 bagi menggalakkan transaksi tanpa tunai (cashless). Namun, ianya terhad kepada yang mempunyai telefon pintar dan mempunyai aplikasi e-Wallet sahaja.
Bagi memudahkan semua golongan menerima bantuan dan boleh membuat transaksi tanpa tunai (cashless), kerajaan menerusi pemberian bantuan menerusi kad pengenalan (IC) penerima bagi sepanjang tahun 2025 ini.
CARA PENERIMAAN BANTUAN EWALLET RM200 2025
Penerimaan Bantuan RM200 bukanlah menerusi aplikasi e-Wallet, namun kerajaan mengkreditkannya menerusi kad pengenalan (IC) penerima yang boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) setiap bulan bagi sepanjang tahun 2025 ini.
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN RM200 2025
Penerimaan bayaran Bantuan bernilai RM200 adalah mengikut jadual seperti berikut :
BIL. | TARIKH PENERIMAAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
1. | 15 Januari 2025 | RM100 |
2. | Februari 2025 | RM100 |
3. | Mac 2025 | RM100 |
4. | April 2025 | RM200 |
5. | Mei 2025 | RM200 |
6. | Jun 2025 | RM200 |
7. | Julai 2025 | RM200 |
8. | Ogos 2025 | RM200 |
9. | September 2025 | RM200 |
10. | Oktober 2025 | RM200 |
11. | November 2025 | RM200 |
12. | Disember 2025 | RM200 |
*Nota : Tarikh penerimaan adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa dan akan dikemaskini sebaik sahaja pihak kerajaan mengumumkannya secara rasmi nanti.
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM200 2025
Bantuan yang bernilai RM200 adalah khas kepada yang menepati kriteria kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah B40; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN RM200 2025
Untuk mengetahui status anda layak atau tidak menerima bayaran Bantuan RM200, ikuti panduan semakan berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : info@mykasih.com
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.