Bantuan Kelengkapan Persekolahan “Pilih & Pulang” Sehingga RM400 Tanpa Perlu Bayar ~ MAIWP

 

Untuk makluman pembaca semua,seramai 27,246 pelajar daripada golongan asnaf boleh membeli kelengkapan/peralatan sekolah tanpa perlu membayar mulai 23 Disember 2020.


Mulai tahun ini,Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memudahkan keluarga yang daripada golongan asnaf untuk mendapatkan kelengkapan persekolahan. Ibubapa atau penjaga hanya perlu membuat semakan kelayakan dan tebus di lokasi yang sudah ditetapkan. 

Kami dari Utusan Kerjaya akan mengkongsikan segala maklumat penuh mengenai penebusan Kasih Asnaf Back To School “Pilih dan Pulang”.

INFO MENGENAI KASIH ASNAF BACK TO SCHOOL “PILIH & PULANG”

Daripada info bantuan ini, keluarga asnaf hanya perlu melakukan perkara seperti di bawah ini:

  1. Hadirkan diri ke mana-mana 46 buah pasaraya / kedai yang terpilih di sekitar Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
  2. Sila pilih barangan yang diperlukan berdasarkan senarai yang telah dikeluarkan oleh pihak MAIWP mengikut kadar yang telah ditetapkan.
  3. Anda boleh pulang dengan hati yang gembira tanpa pelu melakukan sebarang pembayaran.
MAKLUMAT MENGENAI BANTUAN

Berikut dikongsikan maklumat penuh berkaitan dengan bantuan ini. “Pembelian tanpa perlu pembayaran” atau dengan kata lainnya proses penebusan boleh dilakukan mengikut pada ketetapan yang diberikan berikut:

Tarikh Penebusan : Bermula 23 Disember 2020 sehingga 30 April 2021
Masa Penebusan : Mengikut kepada waktu operasi kedai / pasaraya
Bilangan Kedai / Pasaraya : 46 buah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya


CARA MELAKUKAN PENEBUSAN

Berikut dikongsikan panduan tertib untuk melakukan penebusan bantuan mengikut kepada lokasi terpilih seperti yang telah ditetapkan:

  1. Memilih lokasi penebusan di (kedai / pasaraya) berhampiran dengan tempat tinggal anda.
  2. Sila bawa dokumen seperti MyKad / MyKid / Surat Beranak atau Kad Asnaf yang diberikan (jika tiada MyKad, MyKid dan Surat Beranak)
  3. Anda hendaklah memilih kelengkapan persekolahan mengikut kategori pelajar dan kadar bantuan seperti yang telah ditetapkan
  4. Anda hendaklah membuat penebusan untuk barangan wajib terlebih dahulu sebelum menebus barangan pilihan
  5. Pembelian melebihi kadar bantuan adalah tanggungjawab ibu bapa / pelajar sendiri

INFOGRAFIK MENGENAI KADAR BANTUAN DAN PENEBUSAN


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi salah satu daripada talian berikut:

  • Kuala Lumpur : 011-62542728 / 011-5920909476 / 011-63341373
  • Labuan : 011-59496216
  • Putrajaya : 013-8513066 / 087419594 / 087419716

3 thoughts on “Bantuan Kelengkapan Persekolahan “Pilih & Pulang” Sehingga RM400 Tanpa Perlu Bayar ~ MAIWP”

Leave a Reply to Unknown Cancel reply