Bantuan Kerajaan RM300 Dibayar 10 Ogos : Semak Sekarang

Berita baik kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan. Sebuah bantuan kerajaan berbentuk kewangan akan mula disalurkan pada 10 Ogos ini.

Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai bantuan berkenaan sila rujuk artikel penuh di bawah.

BANTUAN KHAS KEWANGAN

Kerajaan telah mengumumkan bantuan berbentuk kewangan tersebut sebagai penghargaan kepada penjawat awam yang sudah bertungkus lumus bekerja untuk negara Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, bantuan tersebut bakal memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam dan lebih sejuta pesara itu akan diberikan dalam tempoh 2 minggu.

SYARAT KELAYAKAN

Mengenai syarat kelayakan untuk penerima bantuan tersebut pula, hanya penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak sahaja layak untuk menerima bantuan.

Manakala bagi pesara kerajaan, hanya diberikan kepada pesara kerajaan termasuklah penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima veteren serta tidak berpencen.

JUMLAH BANTUAN

Berikut adalah jumlah bantuan mengikut kategori masing-masing

KATEGORI PENJAWAT AWAM GRED 56 DAN KE BAWAH

  • RM 300 bantuan tambahan

PESARA KERAJAAN

  • RM 200 bantuan tambahan

TARIKH BAYARAN

Mengikut daripada pengumuman Perdana Menteri, beliau akan mengarahkan agar dapat meluluskan dan menyalurkan bantuan tersebut dalam tempoh dua minggu dari 27 Julai 2023.

TERKINI* Bantuan ini akan disalurkan bermula 10 Ogos 2023 kepada penjawat awam yang berkelayakan. Tiada permohonan diperlukan.

Leave a Comment