Bantuan Kewangan Berjumlah RM2,000 Dibayar 23 Februari : Semak Sekarang

Sedia maklum pada pembentangan Belanjawan 2024 pada Oktober lalu telah mengumumkan bantuan kewangan RM2,000 dan RM1,000 untuk penjawat awam

Terkini, bayaran insentif awal Kajian Sistem Saraan Perkhidnatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah akan dibayar Februari ini.

BANTUAN KEWANGAN

Pada Belanjawan 2024 ini yang bertemakan Ekonomi MADANI : Memperkasa Rakyat yang menumpukan Ketangkasan Perkhidmatan, Penstrukturan Semula Ekonomi Bagi Melonjak Pertumbuhan dan Peningkatan Darjat Hidup Rakyat.

Oleh hal demikian, kerajaan telah melancarkan pelbagai jenis bantuan bagi tahun hadapan untuk meningkatkan darjat hidup rakyat termasuklah Sumbangan Tunai Rahmah 2024 dan bantuan one-off RM2000 untuk penjawat awam.

BANTUAN KEWANGAN RM 2000

Berita baik kepada penjawat awam, kerajaan telah bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awan sebanyak RM2,000.

Bantuan kewangan ini layak kepada smua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

BANTUAN KEWANGAN RM 1000

Kerajaan turut akan memberikan bantuan kewangan RM1,000 untuk semua kakitangan Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) melibatkan polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

Bayaran RM1,000 tersebut turut diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuklah veteren berpencen serta tidak berpencen.

TARIKH BAYARAN

Bayaran bantuan kewangan RM2,000 dan RM1,000 seperti yang dinyatakan di atas atau dinamakan Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam akan dibayar pada

  • 23 Februari 2024

Leave a Comment