Pelbagai bantuan kerajaan diberikan kepada rakyat bergantung kepada kelayakan masing-masing. Pemberian bantuan secara amnya akan diberikan kepada golongan isi rumah dan bujang yang kurang bernasib baik.
Namun begitu, golongan pelajar iaitu mahasiswa dan belia turut tidak dipinggirkan untuk diberikan bantuan.
E-DOMPET 2023
Program ini merupakan salah satu inisiatif dimana kerajaan Malaysia membantu golongan belia dimana setiap kelayakan akan menerima bayaran berjumlah RM200.
Ianya bertujuan bagi meringankan beban kewangan golongan belia serta menggalakkan golongan ini membuat transaksi tanpa tunai.
JUMLAH BAYARAN
Program ini bakal memanfaatkan kepada 2 juta orang belia Malaysia. Setiap belia yang layak akan menerima bayaran berjumlah
- RM 200
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :
- Bantuan ini diberikan kepada golongan belia berumur 21 tahun dan ke atas
- Warganegara Malaysia
TARIKH PERMOHONAN
Tiada makluman rasmi mengenainya. Pihak kami akan maklumkan sekiranya terdapat makluman rasmi dari semasa ke semasa.