Terdapat sebuah bantuan yang hampir pasti akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025. Bantuan tersebut adalah SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 2.

Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan inisiatif kerajaan Malaysia bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup. Pada tahun 2025, kerajaan telah meningkatkan peruntukan program ini bagi memastikan lebih ramai rakyat menerima manfaat.
STR ialah bantuan kewangan langsung yang disalurkan kepada individu dan keluarga yang layak. Program ini bertujuan meringankan beban kewangan rakyat, khususnya dalam kategori B40 dan M40. Selain itu, mulai tahun 2025, penerima STR yang layak juga akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi membantu pembelian barangan keperluan asas.
Sebelum Itu, Sila Baca Tarikh Cuti Aidilfitri Yang Dikeluarkan Oleh KPM
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2
Bayaran Fasa 1 sudah dikreditkan pada bulan Januari lalu sementara itu Fasa 2 kemungkinan besar akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025. Sama seperti bayaran tahun-tahun lalu.
Dijangkakan bayaran dikreditkan paling lewat seminggu sebelum Aidilfitri 2025.
JUMLAH BAYARAN
Akan dikemaskini dari masa ke masa.
Syarat Kelayakan STR 2025
1. Isi Rumah
- Pendapatan RM5,000 ke bawah
- Termasuk pasangan berkahwin, ibu bapa tunggal, balu, janda, atau duda dengan anak
2. Warga Emas Tiada Pasangan
- Berumur 60 tahun ke atas
- Pendapatan RM5,000 ke bawah
3. Bujang
- Berumur 21 hingga 59 tahun
- OKU berumur 19 tahun ke atas
- Pendapatan RM2,500 ke bawah
- Tidak boleh menjadi pelajar sepenuh masa
Panduan Semakan STR 2025 (Fasa 2)
- Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik “MySTR” dan masukkan nombor kad pengenalan 12 digit
- Klik “Log Masuk” dan masukkan kata laluan yang betul
- Pilih “Semakan Status” untuk melihat status permohonan dan maklumat pembayaran
Jumlah Keseluruhan Bayaran STR 2025
Kategori | Jumlah Bantuan (RM) |
---|---|
Isi Rumah (Pendapatan RM2,500 ke bawah, tiada anak) | 1,500 |
Isi Rumah (Pendapatan RM2,500 ke bawah, 5 anak ke atas) | 2,500 |
Warga Emas (Pendapatan RM5,000 ke bawah) | 600 |
Bujang (Pendapatan RM2,500 ke bawah) | 600 |
Cara Penyaluran Duit STR Fasa 2
- Pengkreditan ke Akaun Bank – Bantuan akan dimasukkan terus ke akaun bank penerima yang berdaftar.
- Secara Tunai di Kaunter BSN – Penerima tanpa akaun bank boleh mengambil bantuan di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Tips Pengurusan Kewangan untuk Penerima STR
1. Sediakan Bajet Bulanan
Catat semua pendapatan dan perbelanjaan bagi mengawal aliran wang serta mengelakkan pembaziran.
2. Utamakan Keperluan Asas
Gunakan bantuan untuk keperluan utama seperti makanan, sewa rumah, bil utiliti, dan pendidikan anak-anak.
3. Simpan Sebahagian Bantuan
Jika berkemampuan, ketepikan sebahagian daripada bantuan STR sebagai tabungan kecemasan.
4. Gunakan Bantuan untuk Pelaburan Jangka Panjang
Pertimbangkan untuk membeli insurans, memulakan perniagaan kecil, atau melabur dalam pendidikan.
Kesimpulan
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan inisiatif penting kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan. Dengan pengurusan kewangan yang bijak, penerima STR boleh memanfaatkan bantuan ini secara optimum bagi meningkatkan taraf hidup mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai STR 2025 dan berita bantuan kewangan lain, layari utusankerjaya.my