Bantuan Kewangan RM 500 Setiap Bulan Termasuk Mei Kepada Rakyat

Pelbagai bantuan kerajaan disalurkan kepada rakyat melalui pelbagai agensi termasuklah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Melalui JKM terdapat 11 jenis bantuan bulanan yang disalurkan kepada rakyat bergantung kepada kelayakan masing-masing.

BANTUAN WARGA EMAS

Salah satu daripada 11 jenis bantuan bulanan adalah Bantuan Warga Emas (BWE).

Bantuan ini diberikan kepada warga emas miskin tegar untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia
  2. Warga emas dan berumur 60 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  4. Warga emas TIDAK tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian yang memberikan perkhidmatan secara percuma

JUMLAH BANTUAN

Bagi Bantuan Warga Emas (BWE) ini bantuan diberikan berjumlah

  • RM 500 setiap bulan kepada warga emas yang layak

CARA PERMOHONAN

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, Jajahan atau Bahagian di seluruh negara.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke pejabat JKM seperti salinan Kad Pengenalan diri, suami, isteri, anak, ibu, bapa yang tinggal bersama.

Salinan sijil kelahiran anak-anak serta salinan penyata gaji (jika ada) dan mana-mana dokumen yang berkaitan.

Leave a Comment