Bantuan Kewangan RM 900 Bakal Dikreditkan Kepada Rakyat

Setelah selesainya pembayaran STR Fasa 3 pada bulan Jun lalu, seterusnya pembayaran STR Fasa 4 pula akan dikreditkan.

STR Fasa 4 adalah bantuan terakhir bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 telah dilancarkan oleh kerajaan MADANI. Bantuan ini adalah sehingga RM 2,500 belum termasuk dengan bantuan tambahan bagi isi rumah yang layak.

Pembayaran bantuan ini sudah tentu serba sedikit meringankan beban rakyat lebih-lebih lagi yang sedang dalam kegawatan ekonomi.

STR FASA 4

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 merupakan bayaran terakhir untuk STR bagi tahun 2023 ini.

Fasa 1 adalah pada bulan Januari kemudian Fasa 2 pada bulan April bersamaan dengan beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri dan kini Fasa 3 pada bulan Jun lepas.

TARIKH BAYARAN

Pembayan bagi fasa terakhir ini dijangkakan bakal diberikan pada bulan

  • November 2023

Tetapi, belum ada tarikh khusus yang dikeluarkan oleh kerajaan. Perkara ini hanya berpandukan dengan jadual yang dikeluarkan oleh pihak kewangan.

JUMLAH BANTUAN STR FASA 4

Seperti yang anda baca pada pendahuluan di atas, maksimum bayaran STR Fasa 4 untuk PENERIMA LAMA adalah RM 1,200. Sila semak kategori anda di bawah.

KATEGORI ISI RUMAH RM 0 – RM 2,500 (B40 & MISKIN TEGAR)

  • Tiada anak : RM 200
  • 1-2 anak : RM 600
  • 3-4 anak : RM 900
  • 5 dan ke atas anak : RM 1,200

KATEGORI ISI RUMAH RM 2,501 – RM 5,000 (M40)

  • Tiada anak : Tiada bayaran
  • 1-2 anak : Tiada bayaran
  • 3-4 anak : RM 300
  • 5 dan ke atas anak : RM 500

WARGA EMAS SEBATANG KARA (60 TAHUN DAN KE ATAS)

  • Menerima bayaran RM 200

BUJANG DAN BUJANG OKU

  • Tiada bayaran, pembayaran STR sudah selesai pada Fasa 3

Leave a Comment