Bantuan Kewangan RM1,000 Kepada Rakyat Malaysia Secara One-Off

Bantuan Kewangan RM1,000 Kepada Rakyat Malaysia Secara One-Off. Pembentangan Belanjawan 2024 Kerajaan Madani sudah dilaksanakan pada Jumaat lepas.

Pelbagai inisiatif serta bantuan kepada rakyat telah diumumkan untuk meringankan kos sara hidup mereka.

BANTUAN KEWANGAN

Pada Belanjawan 2024 ini yang bertemakan Ekonomi MADANI : Memperkasa Rakyat yang menumpukan Ketangkasan Perkhidmatan, Penstrukturan Semula Ekonomi Bagi Melonjak Pertumbuhan dan Peningkatan Darjat Hidup Rakyat.

Oleh hal demikian, kerajaan telah melancarkan pelbagai jenis bantuan bagi tahun hadapan untuk meningkatkan darjat hidup rakyat termasuklah Sumbangan Tunai Rahmah 2024 dan bantuan one-off RM2000 untuk penjawat awam.

BANTUAN KEWANGAN RM 2000

Berita baik kepada penjawat awam, kerajaan telah bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awan sebanyak RM2,000.

Bantuan kewangan ini layak kepada smua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

BANTUAN KEWANGAN RM 1000

Kerajaan turut akan memberikan bantuan kewangan RM1,000 untuk semua kakitangan Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) melibatkan polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

Bayaran RM1,000 tersebut turut diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuklah veteren berpencen serta tidak berpencen.

TARIKH BAYARAN

Bayaran ini akan dikreditkan secara sekali-gus pada akhir Februari 2024 bagi persediaan persekolahan anak-anak dan persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.

Leave a Comment