Bantuan khas kerajaan berbentuk kewangan berjumlah RM300 & RM200 mula dibayar hari ini.
Bantuan kewangan tersebut akan diagihkan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan yang berkelayakan pada 10 Ogos.
BANTUAN KHAS KEWANGAN
Kerajaan telah mengumumkan bantuan berbentuk kewangan tersebut sebagai penghargaan kepada penjawat awam yang sudah bertungkus lumus bekerja untuk negara Malaysia.
Menurut Perdana Menteri, bantuan tersebut bakal memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam dan lebih sejuta pesara itu akan diberikan.
SYARAT KELAYAKAN
Mengenai syarat kelayakan untuk penerima bantuan tersebut pula, hanya penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak sahaja layak untuk menerima bantuan.
Manakala bagi pesara kerajaan, hanya diberikan kepada pesara kerajaan termasuklah penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima veteren serta tidak berpencen.
JUMLAH BANTUAN
Berikut adalah jumlah bantuan mengikut kategori masing-masing
KATEGORI PENJAWAT AWAM GRED 56 DAN KE BAWAH
- RM 300 bantuan tambahan
PESARA KERAJAAN
- RM 200 bantuan tambahan
TARIKH BAYARAN
TERKINI* Bantuan ini akan disalurkan bermula 10 Ogos 2023 kepada penjawat awam yang berkelayakan. Tiada permohonan diperlukan.