Bantuan Kewangan Sekali Bayar RM 800 Kepada Rakyat

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan diteruskan pembayaran untuk fasa 3 pada Julai ini.

Jumlah maksimum bantuan STR ini adalah RM 800 mengikut kelayakan diperlukan.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3

Pembayaran STR 2023 akan kembali diteruskan pada bayaran Fasa 3.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membantu rakyat dari segi kos sara hidup dan pembelian barangan asas.

STR 2023 dibayar melalui 4 fasa dan kini hanya berbaki 2 fasa bayaran sahaja lagi.

JUMLAH BANTUAN

Pembayaran STR Fasa 3 adalah maksimum RM 800 berbanding RM 200 bagi STR Fasa 2 lepas.

Kategori Isi Rumah RM 0 – RM 2,500

  • Tiada anak – RM 300
  • 1 Hingga 2 – RM 400
  • 3 hingga 4 – RM 600
  • 5 dan ke atas – RM 800

Kategori Isi Rumah RM 2,501 – RM 5,000

  • Tiada anak – Tiada bayaran
  • 1 hingga 2 – RM 150
  • 3 hingga 4 – RM 200
  • 5 dan ke atas – RM 250

Kategori Bujang, Bujang OKU dan Warga Emas

  • RM 100 seorang

Kesemua jumlah bantuan di atas akan dibayar one-off iaitu sekali bayar pada Julai nanti.

KATEGORI YANG TERIMA BAYARAN

Semua penerima STR 2023 layak terima STR Fasa 3 kecuali Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM 2,501 hingga RM 5,000 yang TIADA ANAK sahaja yang tidak terima STR Fasa 3.

Selain itu, bayaran turut dikreditkan kepada setiap pemohon yang lulus membuat permohonan pada Mac lalu.

Bermula Fasa 3, jumlah bantuan yang masuk adalah mengikut kemas kini yang dilakukan oleh setiap penerima (sekiranya ada).

TARIKH BAYARAN

Pembayaran STR Fasa 3 dijangkakan bakal dikreditkan pada bulan Julai 2023 ini.

Tetapi, mengenai tarikh rasmi bayaran pula belum diumumkan setakat ini.

Leave a Comment