Bantuan Khas Barang Dapur RM300 Pada Mac 2024 Ini

Bantuan Khas Barang Dapur RM300 Pada Mac 2024 Ini. Pada masa ini, pelbagai jenis bantuan disalurkan kepada rakyat yang layak. Salah satunya adalah bantuan berkeperluan seperti barangan asas dan lain-lain.

Ia merupakan sebuah bantuan daripada kerajaan negeri Selangor untuk membantu rakyat yang sangat memerlukan.

Terdapat sebuah bantuan yang dikenali sebagai bantuan barang dapur berjumlah RM 300 sebulan untuk rakyat Malaysia.

BANTUAN BARANG DAPUR

Bantuan Kehidupan Sejahtera (BINGKAS) atau lebih dikenali sebagai bantuan barang dapur telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor sejak 2021 lagi dan pelaksanaan bermula pada tahun 2022.

Bantuan barang dapur ini adalah salah satu ini adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri Selangor untuk membantu ketua keluargan dengan pemberian bantuan bulanan RM 300.

Bantuan ini turut diteruskan pada tahun 2024.

TUJUAN BANTUAN BARANG DAPUR

Bantuan Kehidupan Sejahtera (BINGKAS) ini dilancarkan untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak.

E-WALLET RM300 2024

  • Bantuan e-Wallet boleh digunakan di semua kedai dan pasaraya yang berdaftar
  • Setiap urusniaga atau pembayaran adalah secara tanpa tunai (cashless)
  • Had bulanan adalah RM300
  • Sekiranya terdapat baki bagi bulan lalu, ia tidak boleh di bawa ke bulan hadapan

BAYARAN BANTUAN

Bantuan barang dapur ini diberikan sebanyak RM 3,600 setahun dengan setiap bulan RM 300 untuk setiap keluarga yang layak.

SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemilih berdaftar di Malaysia
  3. Lahir atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  4. Mempunyai tanggungan yang berusia 18 tahun dan ke bawah
  5. Pendapatan bulanan RM 0 – RM 3,000 sahaja

CARA PERMOHONAN BANTUAN

Permohonan bantuan BINGKAS ini boleh dibuat melalui pautan rasmi BINGKAS yang tertera di bawah

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda perlu rujuk ke laman web rasmi BINGKAS yang tertera di atas.

Leave a Comment