Bantuan Khas RM300 Hingga RM600 Dibayar Esok 19 Februari. Sebuah Bantuan Tambahan atau lebih dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 hingga RM600 akan dibayar Februari ini.
Bantuan yang akan dilaksanakan secara berperingkat ini dinaikkan kepada RM1,200 berbanding RM600 tahun lalu.
PENAMBAHAN KATEGORI YANG LAYAK
Jika sebelum ini program SARA ini hanya akan diberikan kepada golongan miskin tegar tetapi bagi SARA 2024 golongan miskin turut bakal menerima bantuan berkenaan.
Selain itu, penggunaan kredit program SARA sebelum ini hanya untuk makanan asas tetapi bagi 2024 ia telah diperluaskan kepada
- makanan asas
- barangan kebersihan diri
- ubat-ubatan
- peralatan persekolahan
TARIKH BAYARAN
Kementerian Kewangan menjelaskan pelaksanaan SARA akan bermula 22 Januari ini bagi penerima Semenanjung Malaysia manakala penyaluran bantuan tunai untuk penerima di Sabah, Sarawak dan Labuan bermula 19 Februari.
BANTUAN SARA BAGI NEGERI SABAH, SARAWAK DAN LABUAN
Jika di Semenanjung bantuan SARA adalah berbentuk kredit manakala bagi tiga negeri ini, bantuan SARA adalah berbentuk WANG TUNAI yang boleh di tebus melalui Bank Simpanan Nasional pada 19 Februari.
Bayaran akan dibuat sebanyak 2 kali setahun dan jumlah bayaran adalah berbeza mengikut kategori.
Isi Rumah / Warga Emas Tiada Pasangan
- RM 600 (19 Februari)
- RM 600 (12 Ogos)
Bujang
- RM 300 (19 Februari)
- RM 300 (12 Ogos)
SEMAKAN KELAYAKAN
Kelayakan untuk menerima bantuan SARA adalah berasaskan status kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih iaitu data rujukan kementerian dan agensi kerajaan.