Bantuan Khas RM500 & RM250 Dibayar 25 Februari

Bantuan Khas RM500 & RM250 Dibayar 25 Februari

Terkini! Kerajaan telah mengumumkan pemberian Bonus bagi Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada Penjawat Awam Gred 15 kebawah dan Pesara Kerajaan Malaysia yang akan diagihkan pada Februari 2025.

Bagaimanakah semakan status bantuan khas kewangan kerajaan 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca Juga : BMT FASA AKHIR

APA ITU BANTUAN KHAS KEWANGAN 2025

Bantuan Khas Kewangan ialah bantuan/bonus yang diberikan oleh Kerajaan kepada Penjawat Awam atau Pesara Kerajaan iaitu pekerja lantikan kerajaan dalam sektor perkhidmatan awam termaksuk kontrak yang menjalankan tugas dan menyediakan perkhidmatan kepada masyarat mengikut dasar yang ditetapkan Kerajaan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KHAS KEWANGAN 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan ini:

  1. Penjawat Awam:
    • Pegawai Perkhidmatan Awam Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana Gred 15 dan kebawah;
    • Pegawai latikan Tetap, Sementara dan lantikan Kontrak;
    • Pegawai yang BERCUTI Gaji Penuh/Separuh Gaji/TANPA Gaji;
    • Personel MYSTEP yang masih berkhidmat pada 25 Febuari 2025;
    • Guru Interim;
    • Pemandu yang dilantik sendiri oleh Pegawai Gred Utama B dan Utama A ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatanya; dan
    • Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran, Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.
  2. Pesara
    • Pesara Kerajaan Malaysia;
    • Veteran Berpencen dan Tidak Berpencen (Bayaran akan dilakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV); dan
    • Pesara Kerajaan dan Veteran yang dialntik semula secara tetap yang masih berkhidmat pada 25 Febuari 2025.

TARIKH PENYALURAN BANTUAN

Penyaluran bantuan Khas Kewangan adalah seperti berikut:

JENIS BANTUANTARIKH PEMBAYARAN
Bonus Bantuan Khas Kewangan (BKK)25 Februari 2025
(Selasa)

JUMLAH BANTUAN KHAS KEWANGAN 2025

Kadar Bonus/Bantuan Khas Kewangan Kerajaan kepada Penjawat Awam adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Penjawat Awam

(Gred 15 dan ke bawah termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak)
RM 500
Pesara Kerajaan/Veteran Berpencen/Veteran Tidak BerpencenRM 250

RUJUKAN

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.