Bantuan MyKad Madani 2025 Fasa 2 : Semak Status Layak Atau Tidak

BANTUAN MYKAD MADANI 2025 FASA 2 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN (RM200 & RM100 & RM50)

Bantuan MyKad Madani 2025 Fasa 2 Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian bantuan melalui MyKad penerima dengan memperluaskan kelayakan bantuan kepada lebih ramai penerima, serta memperluaskan perlaksanaan bantuan ini di Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak bermula tahun 2025.

Berikut adalah merupakan maklumat penuh serta cara melakukan semakan status bantuan MyKad Madani 2025.

PENGENALAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Bantuan MyKad Madani 2025 merupakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dimana bantuan disalurkan melalui MyKad penerima untuk pembelian barangan belabel MyKasih di Pasaraya terpilih.

Bermula tahun 2025, SARA ditambah baik semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) (termasuk kategori eKasih dan BUKAN eKasih) layak menerima bantuan ini secara automatik.

Baca Juga:

Semak bantuan MyKad Madani 2025 sekarang.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

CEK STATUS SEMAKAN BANTUAN DALAM MYKAD ONLINE

Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Di Portal Rasmi MyKasih; ATAU
  • Di Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  • Klik log masuk MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  • Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  • Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  • Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  • Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  • Klik [Semak Status].
  • Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  • Selesai.
Bantuan MyKad Madani 2025

Semak status bantuan MyKad Madani 2025 sekarang.

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:

  • Klik log masuk MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
  • Semakan Permohonan
  • Maklumat Pembayaran
  • Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  • Selesai.

JADUAL PENGKREDITAN BANTUAN SARA KE DALAM MYKAD

Kategori Penerima

  • Penerima Bantuan STR & BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih – Bermula Bulan Januari sehingga bulan Disember (Selama 12 bulan).
  • Penerima Bantuan STR SAHAJA (bukan berstatus eKasih) – Bermula bulan April sehingga bulan Disember (Selama 9 bulan).

JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD 2025

Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih

Kategori Penerima STR & Berstatus eKasih

  • Isi Rumah (Ketua Keluarga) : (Januari – Mac : RM100 sebulan), (April – Disember : RM200 sebulan)
  • Warga Emas Tiada Pasangan (Setiap Individu) : (Januari – Mac : RM100 sebulan), April – Disember : RM150 sebulan)
  • Bujang (Setiap Individu) : (Januari – Mac : RM50 sebulan), (April – Disember : RM50 sebulan)

Mohon bantuan MyKad Madani 2025 sekarang.

CARA PENYALURAN BANTUAN

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:

  • Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

KATEGORI BARANGAN KEPERLUAN ASAS MENGGUNAKAN MYKAD

Berikut merupakan senarai nama barangan keperluan asas yang diluluskan dengan pembelian menggunakan MyKad:

  • Beras, Roti, Telur, Minyak Masak, Tepung, Biskut, Mi Segera, Minuman, Makanan Dalam Tin, Bahan Perasa, Produk Kebersihan, Ubat-Ubatan dan Barangan Persekolahan
    Penerima bantuan hendaklah membeli barangan keperluan asas yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga di pasaraya.

CONTOH PASARAYA UNTUK PEMBELIAN MENGGUNAKAN MYKAD

MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Serta Pasar Raya dan Pasar Mini Bebas.

Mohon bantuan MyKad Madani 2025 sekarang.

PANDUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS MENGGUNAKAN MYKAD

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
  6. Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • e-Mel : info@mykasih.com

Artikel ini dirujuk daripada sumber yang sahih di https://www.mykasih.com.my/