Bantuan MyKad RM750 Dikreditkan Hari Ini

Bantuan MyKad RM750 Dikreditkan Hari Ini. Sumbangan Asas Rahmah atau SARA merupakan sebuah bantuan secara terus ke MyKad KECUALI Sabah dan Sarawak yang dikreditkan secara tunai.

Berbeza dengan SARA 2024, SARA 2025 telah dinaikkan jumlah bantuan dan dilonggarkan syarat kelayakan. Ini bermakna, lebih ramai bakal menikmati manfaat Sumbangan Asas Rahmah.

SYARAT KELAYAKAN SARA 2025

Sumbangan Asas Rahmah 2025 kini terbahagi kepada DUA KATEGORI

  1. Kategori 1 untuk penerima STR 2025 berkategori MISKIN TEGAR DAN MISKIN melalui data eKasih (sama seperti SARA 2024)
  2. Kategori 2 pula untuk SEMUA PENERIMA STR 2025 kecuali bujang

JUMLAH BAYARAN SARA 2025

Untuk pengetahuan anda, jumlah penuh SARA 2025 telah dinaikkan hampir RM1,000 berbanding SARA 2024 ini.

KATEGORI 1 – MISKIN & MISKIN TEGAR EKASIH

Isi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan – Terima bayaran RM100 setiap bulan bermula JANUARI hingga DISEMBER

Menjadikan jumlah keseluruhan adalah RM1,200.

Bujang (RM600) – Terima bayaran RM50 sebulan bermula Januari hingga Disember

KATEGORI 2 – PENERIMA STR 2025

Isi Rumah (RM900) – Terima bayaran RM100 sebulan bermula APRIL hingga Disember 2025

KAEDAH BAYARAN

Kaedah bayaran adalah terus secara kredit melalui MyKad penerima atau ketua isi rumah berkenaan.

TETAPI perkara ini masih dikecualikan kepada penerima SARA di negeri Sabah dan Sarawak. Ini kerana pembayaran SARA 2024 adalah secara tunai dalam DUA FASA. Buat masa ini, tiada informasi terkini mengenai kaedah bayaran untuk penerima di DUA NEGERI tersebut.