BANTUAN MYKASIH 2025 RM200 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BANTUAN MYKASIH 2025 RM200 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah (B40) dalam mendapatkan keperluan asas. Pada tahun 2025, bantuan ini diperkasa dengan peningkatan kadar bayaran sehingga RM200 sebulan berbanding RM100 pada tahun sebelumnya. Bantuan ini diberikan secara tanpa tunai dan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima untuk digunakan bagi pembelian barangan keperluan di pasar raya terpilih.

Program ini menyasarkan penerima yang telah lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 serta mereka yang tersenarai dalam data eKasih sebagai miskin atau miskin tegar. Dengan adanya peningkatan kadar bantuan, diharapkan ia dapat mengurangkan beban kewangan penerima dalam perbelanjaan barangan keperluan harian.

Berikut adalah syarat kelayakan, kaedah semakan status, jumlah bantuan serta cara penggunaan MyKad bagi penerima bantuan SARA MyKasih 2025.

BANTUAN MYKASIH 2025 RM200 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Semakan Status Kelayakan Bantuan MyKasih RM200 2025

Semakan boleh dilakukan melalui dua kaedah berikut:

  1. Portal Rasmi MyKasih
    • Layari Portal MyKasih
    • Klik [Semak Status]
    • Masukkan Nombor MyKad (12 digit) dan kod captcha
    • Tekan [Semak Status] untuk melihat keputusan
  2. Portal Rasmi MySTR
    • Layari Portal MySTR
    • Klik [Semak Status]
    • Masukkan Nombor MyKad (12 digit) dan log masuk
    • Maklumat kelayakan dan pembayaran akan dipaparkan

Baca Juga : Bantuan Syukur Fasa 4

Syarat Kelayakan Bantuan MyKasih 2025

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus STR 2025 (Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan, atau Bujang)
  • Berstatus eKasih atau Miskin Tegar dalam data eKasih sehingga 31 Oktober 2024

Jumlah Bantuan MyKasih 2025

Penerima STR & Berstatus eKasih

KategoriJan – MacApr – Dis
Isi RumahRM100/bulanRM200/bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM100/bulanRM150/bulan
BujangRM50/bulanRM50/bulan

Penerima STR (Bukan eKasih)

KategoriJan – MacApr – Dis
Isi RumahRM100/bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM50/bulan

Kaedah Penyaluran Bantuan

  • Tanpa tunai (Cashless) – dimasukkan terus ke MyKad penerima
  • Digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas (makanan, kebersihan, ubat-ubatan, dan alat sekolah) di pasaraya terpilih

Cara Semak Baki Bantuan dalam MyKad

  • Aplikasi Touch ‘n Go eWallet
  • Mesin Kiosk Touch ‘n Go
  • Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak / Kedai Serbaneka

Cara Pembelian Menggunakan MyKad

  1. Pilih barangan berlabel SARA MyKasih di pasaraya terpilih
  2. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan
  3. Bayar menggunakan MyKad
  4. Simpan resit sebagai rujukan

Pembelian barangan di luar senarai MyKasih atau melebihi baki perlu dibayar secara tunai.

Maklumat & Pertanyaan Lanjut

Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
Email: info@mykasih.com

Rujukan rasmi: Manfaat MOF