Bantuan MySTR 2024 : Tarikh Bayaran & Semakan Status Fasa 3

Bantuan MySTR 2024 : Tarikh Bayaran & Semakan Status Fasa 3. Pembayaran bagi fasa 1 dan 2 telah selesai dikreditkan pada Januari dan April lalu. Sebelum ini, desas desus dikatakan STR Fasa 3 akan dibayar sebelum Hari Raya Aidiladha.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan sebuah bantuan kerajaan yang diberikan dalam 4 kali pembayaran bagi tempoh setahun.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kembali diteruskan bagi tahun kedua dengan penambahan bantuan asas berjumlah RM600 yang dikenali sebagai SARA.

Bantuan STR yang bermula pada fasa 1 hingga 4 ini akan memfokuskan setiap isi rumah, bujang atau individu yang tiada pasangan yang berada dalam kategori miskin tegar, B40 dan M40.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3

Setelah pembayaran STR Fasa 2 bermula 3 April lepas. Sebahagian wang bantuan tersebut sudah tentu digunakan sebagai persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Pembayaran seterusnya adalah Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 yang dijangkakan dikreditkan dalam 2-4 bulan ke depan.

BAYARAN BANTUAN STR FASA 3 DIJANGKA HINGGA RM 800

Buat masa ini tiada lagi jumlah bayaran STR Fasa 3. Masih terlalu awal untuk diumumkan.

Tetapi jika kita melihat STR Fasa 3 – 2023 bayaran tertinggi bantuan adalah berjumlah RM 800 manakala terendah RM100 untuk bujang.

Kami menjangkakan bayaran STR Fasa 3 bagi tahun ini adalah sama atau tidak jauh berbeza dengan tahun 2023. Semua bayaran adalah one-off.

STR FASA 3 TIDAK DIBAYAR SEBELUM AIDILADHA

STR Fasa 3 bagi tahun 2023 dibayar sebelum Hari Raya Aidiladha iaitu pada 26 Jun 2023.

Oleh hal demikian, sebilangan penerima menjangkakan bayaran STR Fasa 3 turut akan dikreditkan sebelum Aidiladha.

Walau bagaimanapun, pada saat ini hanya berbaki dua hari sahaja lagi sebelum Aidiladha belum ada pembayaran STR Fasa 3 diumumkan oleh kerajaan.

Oleh hal demikian, besar kemungkinan bayaran STR Fasa 3 akan dikreditkan pada bulan-bulan seterusnya dan bukannya sebelum Aidiladha.

JADUAL BAYARAN SEHINGGA FASA 4

Hanya berbaki bayaran STR Fasa 3 dan 4 sahaja lagi. STR Fasa 1 dan 2 masing-masing telah dibayar pada Januari dan April lalu.

Dijangkakan bayaran STR Fasa 3 akan dikreditkan pada bulan diantara bulan Julai hingga September sementara itu fasa akhir iaitu fasa 4 antara Oktober hingga Disember bergantung daripada pengumuman.

CARA BAYARAN

Sama seperti STR sebelum ini, terdapat 2 cara bayaran iaitu

  • Bayaran bantuan akan terus dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan
  • Sekiranya tidak mempunyai akaun bank atau terdapat masalah dengan akaun bank, pembayaran akan disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan baharu bagi bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) termasuklah untuk Fasa 3 belum dibuka setakat ini.

SEMAKAN STATUS

Semakan status boleh terus dibuat melalui portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah yang disertakan di bawah

Leave a Comment