Bantuan One-Off RM600 SARA Dikreditkan Bermula Disember

Bantuan One-Off RM600 SARA Dikreditkan Bermula Disember. Sumbangan Asas Rahmah atau SARA merupakan sebuah bantuan secara terus ke MyKad KECUALI Sabah dan Sarawak yang dikreditkan secara tunai.

Bantuan One-Off RM600 SARA telah mula disalurkan pada bulan Oktober hingga Disember 2024.

SARA 2025

Sumbangan Asas pula merupakan BANTUAN TAMBAHAN yang berbentuk kredit maksimum RM100 sebulan untuk pembelian barang keperluan asas.

SYARAT KELAYAKAN SARA 2025

Sumbangan Asas Rahmah 2025 kini terbahagi kepada DUA KATEGORI

  • Kategori 1 untuk penerima STR 2025 berkategori MISKIN TEGAR DAN MISKIN melalui data eKasih (sama seperti SARA 2024)
  • Kategori 2 pula untuk SEMUA PENERIMA STR 2025 kecuali bujang

JUMLAH BAYARAN SARA 2025

Untuk pengetahuan anda, jumlah penuh SARA 2025 telah dinaikkan hampir RM1,000 berbanding SARA 2024 ini.

KATEGORI 1 – MISKIN & MISKIN TEGAR EKASIH

  • Isi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan – Terima bayaran RM100 setiap bulan bermula JANUARI hingga DISEMBER

Menjadikan jumlah keseluruhan adalah RM1,200.

  • Bujang (RM600) – Terima bayaran RM50 sebulan bermula Januari hingga Disember

KATEGORI 2 – PENERIMA STR 2025

  • Isi Rumah (RM900) – Terima bayaran RM100 sebulan bermula APRIL hingga Disember 2025
  • Warga Emas Tiada Pasangan (RM450) – Terima RM50 sebulan bermula April hingga Disember 2025

KAEDAH BAYARAN

Kaedah bayaran adalah terus secara kredit melalui MyKad penerima atau ketua isi rumah berkenaan.

TETAPI perkara ini masih dikecualikan kepada penerima SARA di negeri Sabah dan Sarawak. Ini kerana pembayaran SARA 2024 adalah secara tunai dalam DUA FASA. Buat masa ini, tiada informasi terkini mengenai kaedah bayaran untuk penerima di DUA NEGERI tersebut.

CARA TEBUS BANTUAN ONE-OFF RM600 SARA

Bantuan sebanyak RM1,200 yang akan dikreditkan secara bulanan. Bantuan akan dikreditkan selama 12 bulan. Kadar bantuan untuk sebulan ialah RM100 bermula Oktober ini.

MAKLUMAT LANJUT STR 2025

Maklumat lanjut mengenai STR 2025 akan dikemaskini dari masa ke masa.

Layari laman web rasmi STR untuk pengemaskinian terkini :