Bantuan One-Off SARA RM600 Dikreditkan Oktober 2024

Bantuan One-Off SARA RM600 Dikreditkan Oktober 2024. Sumbangan Tunai Rahmah Tambahan RM 1,200 Untuk Rakyat. Bantuan bernilai RM1,200 akan dikreditkan dalam MyKad bermula 2024.

Bagi SARA 2024 terdapat penambahan bantuan berbanding tahun ini. Untuk info lanjut sila rujuk maklumat di bawah.

SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa bantuan SARA akan diteruskan bagi edisi 2024. Ia dinyatakan ketika pembentangan Bajet 2024, bulan Oktober lepas.

Selain itu, jumlah bantuan turut bertambah daripada RM 600 kepada RM1,200 bagi setiap penerima.

KAEDAH PENEBUSAN

Program ini menawarkan bantuan RM 1,200 dibayar RM 100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan. Ini bermakna penerima akan terima RM100 setiap bulan.

Nama dan nombor MyKad penerima yang layak direkodkan dan boleh menggunakan secara tanpa tunai melalui MyKad penerima.

Kaedah ini adalah untuk penerima di semenanjung.

BANTUAN KEWANGAN RM600

Manakala bantuan kewangan SECARA TUNAI dan bukan melalui MyKad diberikan kepada setiap penerima di Sabah dan Sarawak.

Bayaran keseluruhan untuk isi rumah adalah RM1200. Setelah diberikan RM600 pada Februari, baki bayaran RM600 akan dibayar pada Ogos.

Manakala untuk bujang, bayaran berbaki RM300 turut diberikan pada Ogos secara one-off.

BANTUAN STR TAMBAHAN

Jumlah STR Tambahan mengikut jumlah tanggungan/anak bagi setiap isi rumah

  • 0 Anak – RM 1,200
  • 1-2 Anak – RM 1,200
  • 3-4 Anak – RM 1,200
  • 5 Dan Ke Atas – RM 1,200

Bujang

  • RM600

SYARAT KELAYAKAN SARA 2024

Sama seperti SARA 2023, bukan semua penerima isi rumah STR 2024 layak untuk terima bantuan tambahan ini. Berikut adalah kategori yang layak terima bantuan berkenaan.

  • Kategori isi rumah miskin tegar
  • Pendapatan bulanan adalah RM 1,169 dan ke bawah sahaja
  • Penerima STR 2023
  • Tiada had umur

Sekiranya anda merupakan golongan miskin tegar dan telah membuat pendaftaran e-Kasih, anda layak untuk menerima bantuan diatas.

SEMAKAN MELALUI PORTAL MYSTR

Anda boleh melakukan semakan dengan mengikuti langkah-langkah berikut :

  • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Klik Log Masuk MYSTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik SEMAKAN PERMOHONAN

Penerima yang layak akan melihat status mereka dalam MySTR, termasuk jumlah bayaran.

Leave a Comment