Bantuan One-Off Untuk Bujang RM100 Mula Dikreditkan : Semak Sekarang. 7 November merupakan tarikh di mana fasa terakhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibayar sebelum disambung kepada STR 2025 tahun hadapan. Hari ini, STR Fasa 4 mula dibayar secara berperingkat.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
STR atau Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan sebuah bantuan kewangan yang dibayar dalam empat peringkat dengan jumlah maksimum RM2,500.
Sementara itu, Sumbangan Asas Rahmah merupakan bantuan tambahan RM1,200 yang berbentuk secara kredit untuk rakyat membeli barang keperluan asas.
STR FASA 4
Antara Fasa 1 hingga Fasa 4, bayaran Fasa 4 adalah jumlah bayaran tertinggi bagi setiap kategori yang layak.
Tujuan utama pemberian bantuan khas ini adalah untuk meringankan beban rakyat dengan menggunakan bantuan tersebut untuk pembelian barangan yang dikehendaki oleh rakyat.
KATEGORI YANG LAYAK STR FASA 4
Untuk pembayaran terakhir pada fasa 4 kali ini, kesemua jenis penerima layak menerima bantuan berkenaan.
Bermula daripada Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan bagi semua kategori.
KADAR BANTUAN STR FASA 4
Berikut adalah jumlah bayaran penuh STR Fasa 4 bagi setiap kategori
KATEGORI ISI RUMAH B40 (RM 0 – RM 2,500)
Tiada Anak
- RM 200
1-2 Anak
- RM 350
3-4 Anak
- RM 500
5 Anak & Lebih
- RM 700
KATEGORI ISI RUMAH M40 (RM 2,501 – RM 5,000)
Tiada Anak
- RM 150
1-2 Anak
- RM 200
3-4 Anak
- RM 250
5 Anak & Lebih
- RM 350
BUJANG / WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- RM 100
WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- RM 150
TARIKH BAYARAN
STR Fasa 4 mula dibayar secara berperingkat kepada setiap penerima yang layak.
Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi Fasa ke-4 adalah pada 7 November 2024.
Perkara tersebut telah diumumkan oleh PMX pada Belanjawan 2025 lepas.